Seorang pengguna Facebook, Nuraliza Ramli, mendedahkan yang dia tidak diberi tempat duduk sewaktu menaiki tren LRT walaupun sedang mendukung bayi.
Nuraliza memberitahu melalui status Facebooknya yang dia menaiki tren dari Wangsa Maju ke Ampang Park sambil mendukung bayi sambil berdiri kerana semua yang duduk dalam tren tidak mempedulikannya.

Namun ada yang berpendapat Nuraliza sepatutnya menyuarakan hasrat untuk diberi tempat duduk sebelum merakam kejadian tersebut dalam video. Bagi mereka, tindakan Nuraliza cuba memalukan mereka dengan merakam wajah mereka dalam video satu tindakan melampau.
Menurut Nuraliza dia tak berniat mengaibkan mereka, hanya mahu rakyat Malaysia bersikap lebih prihatin.
Ada yang berpendapat bahawa inilah sikap sebenar rakyat Malaysia dan ia sukar diubah.
Video yang dirakam oleh Nuraliza boleh ditonton di bawah:
Bagi pendapat penulis sendiri, Nuraliza sepatutnya meminta tempat duduk dari mereka jika ingin duduk, bukan mengharapkan mereka menyedari kehadirannya.
Kadang kala ada banyak yang bermain dalam fikiran manusia, dan dalam keadaan tertentu kita tidak sempat untuk menyedari kehadiran atau keadaan orang lain.
Ada yang beranggapan, kesalahan mereka yang berada dalam tren ialah kesalahan peribadi mereka kepada Nuraliza seorang, jadi Nuraliza tak sepatutnya melibatkan orang lain dalam kejadian itu.
Malah, ada yang memberi komen mengenai tujuan sebenar Nuraliza memviralkan video itu kerana wanita itu juga tidak menyembunyikan niat untuk mempromosi perniagaan sendiri setelah statusnya menjadi viral.
Apa pendapat anda?-amazingnara.com
Sumber: Nuraliza Ramli