Siapa sangka, dengan servis melipat kain boleh jana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan!
Menerusi satu hantaran yang tular di X, komen seorang individu yang menawarkan servis melipat kain mendedahkan jumlah yang mampu diperolehinya telah meraih perhatian warganet.
Wanita itu memberitahu selepas seorang pengguna media sosial bertanya kepadanya tentang pendapatan setiap bulan. Balas wanita tersebut, dia mendapat antara RM500 hingga RM700 dengan melipat kain tiga kali seminggu.
Namun dia berkata salah seorang ejennya yang mempunyai kontrak bersama pemilik homestay berjaya memperoleh RM7,000 sebulan.
Business lipat kain. 💡
Suka komen bawah tu.
Ramai boleh basuh baju, tapi tak semua orang boleh lipat kain. Haha.Patut buka sebelah dobi layan diri. 😃 pic.twitter.com/N2H0DarbFR
— Temah Ulu Banat (@TemahUluBanat) October 10, 2024
Bisnes yang mungkin dianggap ‘random’ atau ‘simple’ namun sebenarnya ia boleh membantu ramai suri rumah untuk menjana pendapatan. Apatah lagi tidak memerlukan modal dan kurang risiko.
Bagi mereka yanag sibuk bekerja pula, servis melipat kain ini dapat membantu untuk menjimatkan masa. Bayar je, siap dilipat!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.