Apabila menjelang Aidilfitri pada setiap tahun pasti akan ada ada topik hangat yang menjadi bualan tentang soalan-soalan cepumas daripada golongan makcik ketika beraya.
Bila nak kahwin? Kamu dah ada anak? Bila nak tambah anak? Kamu kerja apa?”
Antara soalan yang sering diajukan kebanyakan golongan makcik atau nenek kepada anak saudara, cucu atau anak kenalan.
Malah, ada juga trend tentang bagaimana nak menjawab soalan sebegini ketika berkunjung di hari raya namun lain pula reaksi seorang wanita ini ketika beraya baru-baru ini.
Menerusi satu video tular di media sosial, seorang wanita dari Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an dilihat sedang menikmati minuman yang dihidangkan.
Boleh didengari suara latar yang bertanyakan beberapa soalan kepada wanita bernama Dian itu dan dia kemudian dilihat seperti sukar bernafas.
Hanya dalam beberapa saat selepas itu, Dian pengsan di atas sofa kerana terlalu cemas menghadapi soalan cepumas daripada ibu saudaranya.
Belum ada kenderaan? Masih tinggal di rumah sewa? Kamu memang taknak beli rumah sendiri seperti sepupu yang lain?”
Selepas jatuh pengsan, pakciknya yang duduk di sebelah dilihat panik dan cuba membantunya yang terbaring di atas sofa itu.
Ramai yang mengkritik tindakan ibu dan bapa saudara bertanyakan soalan-soalan sebegitu selain mencadangkan mereka untuk sekadar memberikan nasihat.
Dalam pada itu, segelintir individu menganggap Nadia memberikan mereka idea bernas untuk react jika ditanya soalan sebegitu.