Seorang wanita dipuji warganet selepas video dimuat naik olehnya tular memaparkan dia menyantuni seorang lelaki warga emas.
Menerusi video tersebut, pakcik terbabit menyatakan hasratnya mahu bergambar bersama supercar jenis McLaren milik wanita itu yang diparkir di tepi.
Wanita tersebut kemudian tolong ambilkan foto pakcik terbabit dan tindakannya itu mendapat pujian ramai warganet.
Saja rakam untuk konten?
Meskipun ada yang mendakwa dia merakamkan momen itu untuk konten semata-mata namun wanita tersebut menafikan dan berkata dia tidak kenal dengan pakcik terbabit.
Memang nampak pakcik ini dari jauh dah tangkap gambar. Saya tak kenal pakcik ini.
Rata-rata netizen memujinya kerana rendah diri dan tidak sombong seperti sesetengah pemilik ‘supercar’ yang akan memberikan reaksi berbeza jika ada yang mahu bergambar dengan kereta mereka.