Tidak dinafikan, urusniaga dan pembelian barang secara online sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita sekarang ini sejak bermulanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Seperti yang kita tahu, ramai peniaga yang terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19 ini sehingga ada yang terpaksa menghentikan perniagaan mereka atau gulung tikar. Namun, ada juga peniaga yang mengambil inisiatif lain untuk meneruskan perniagaan mereka dengan kaedah atas talian atau online.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengarahkan orang ramai supaya stay at home, pergerakan orang ramai untuk keluar rumah adalah terhad lalu menyebabkan ramai yang mengambil langkah selamat dengan melakukan pembelian secara online.
Kini, kita sudah boleh membeli semua jenis benda secara online sahaja. Ia bukan sekadar memudahkan kita, malah pembelian secara online ini juga mampu mengurangkan risiko kita dijangkiti virus Covid-19 ini.
Wanita baru perasan sebelum ini guna whiteboard tak buka plastik
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama nurbaayaaapristiyono yang memaparkan situasi seorang wanita berasa hairan mengapa whiteboard yang baru dibelinya sukar untuk dipadam.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisah lucu yang dialaminya mengenai whiteboard yang baru sahaja dibelinya.
Dia memberitahu yang pada mulanya dia merasa hairan mengapa whiteboard yang baru dibelinya itu susah untuk dipadam dan merasa kesat tetapi dia tetap menggunakannya seperti biasa kerana menganggap ia sememangnya begitu.
Apa yang membuat ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila dia baru mengetahui yang dia sebenarnya tidak membuka plastik whiteboard berkenaan selepas sebulan dia menggunakannya.
Dek kerana itulah dia merasa susah untuk memadam ink marker yang ada pada whiteboard itu. Lebih melucukan kerana wanita tersebut bertindak membebel seorang diri mengenai perkara tersebut.
“Terima kasih kak, saya dah bodoh setahun lebih rupanya. Tak guna diploma macam ni hahaha”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan, 168.3 ribu tanda like dan 1.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat wanita tersebut.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita tersebut dengan mengatakan yang mereka juga baru tahu dan telah menggunakan whiteboard tanpa membuka plastik hampir setahun lebih.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara