Wanita Patah Hidung Diserang & Ditumbuk Oleh Skandal Suami Ketika ‘Dating’ – “Dia Ingat Saya Yang Penyondol”

Hiburan

Wanita Patah Hidung Diserang & Ditumbuk Oleh Skandal Suami Ketika ‘Dating’ – “Dia Ingat Saya Yang Penyondol”

Selalunya kita baca pendedahan daripada seorang isteri tentang suaminya curang dan ‘penyondol’ yang mengganggu rumah tangga mereka.

Tetapi kisah kali ini sedikit berbeza apabila wanita yang merampas itu pula yang menyerang isteri kepada teman lelakinya.

Advertisement

 

Tengah dating tiba tiba kena attack

Menerusi X, seorang wanita menceritakan tentang nasib malang yang dilaluinya apabila dia kini ditahan di wad disebabkan kecurangan suaminya.

Ceritanya bermula begini, dia dan suaminya ketika itu telah keluar untuk dating berdua dan tiba-tiba beberapa wanita datang dan menyergahnya di tempat awam.

Ketika itulah, kecurangan suaminya terbongkar apabila salah seorang wanita tersebut bertindak agresif dan memukulnya di depan suami.

Perempuan tu terus lempang dan belasah saya. Dia lempang suami saya juga tapi saya lebih teruk.

 

Rupanya disangka penyondol

Barulah dia tahu ternyata wanita itu menyerangnya kerana selama ini suaminya berlagak bujang dan menjalinkan hubungan dengan si pelaku.

Rupanya suami saya curang dengan perempuan itu dan dia ingatkan saya yang penyondol.

Disebabkan serangan itu, dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan hidung patah.

 

Netizen suruh ambil tindakan undang-undang

Ramai warganet yang bersimpati dengan wanita itu dan ada yang turut mencadangkan agar dia mengambil tindakan undang-undang untuk memberikan pengajaran kepada pelaku tersebut.

Wow belum jadi bini pun boleh serang belasah orang! Tah apa la suami you dah cakap dan janji pada perempuan tu.

komen

suami curang
2 months ago

"Tengah Dalam Pantang, Anak Prem 7 Bulan.." - Suami Kantoi Curang, Sakan Karaoke Dengan Penyondol Waktu Isteri Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...