Wanita Parodikan Babak Dalam ‘Squid Game’ Curi Tumpuan Ramai

Trending

Wanita Parodikan Babak Dalam ‘Squid Game’ Curi Tumpuan Ramai

Seperti yang kita tahu, siri Korea terbaru di Netflix yang bertajuk ‘Squid Game’ kian menjadi fenomena di seluruh negara termasuklah di Malaysia sendiri. Kehebatan siri ini sememangnya dapat dilihat dengan jumlah penonton yang begitu ramai sudah menonoton siri tersebut.

Bukan itu sahaja, makin ramai juga yang bertindak melakukan parodi babak dalam siri tersebut termasuklah golongan artis dan influencer dalam negara kita. Ini membuktikan yang siri ini sememangnya sudah menarik ramai orang untuk menontonnya.

Advertisement

3 years ago

Penangan 'Squid Game', Aksi Dua Lelaki Ini Raih Tumpuan

Dalam era globalisasi dan penggunaan media sosial yang meluas, banyak perkongsian video parodi babak dalam siri tersebut di platform media sosial telah tersebar dan mendapat tontonan yang banyak. Dalam pada itu, ramai juga rakyat dalam negara yang bercadang supaya siri ‘Squid Game’ ini dikeluarkan dalam versi Malaysia.

Wanita bukan sahaja parodikan babak dalam ‘Squid Game’, siap ada plot twist

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama richgirlish yang memaparkan gelagat seorang wanita memparodikan satu babak dalam siri ‘Squid Game’.

Dalam perkongsian video tersebut, wanita itu bertindak meniru satu babak dalam siri ‘Squid Game’ dengan bermain satu permainan yang berasal daripada Korea iaitu ‘lampu merah lampu hijau’.

Peraturan dan cara permainan tersebut dimainkan adalah seseorang individu itu perlu berjalan melepasi garisan yang telah ditetapkan dengan cara bergerak apabila patung pemerhati memandang arah bertentangan dengan pemain.

Jika pemain bergerak apabila patung pemerhati memandang, pemain tersebut akan disingkarkan dengan cara mereka ditembak mati.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila terdapat plot twist yang dilakukan oleh wanita itu ketika sedang bermain iaitu muncul bunyi loceng penjual aiskrim.

Disebabkan itu, dia telah terganggu dan memalingkan kepalanya ke arah bunyi loceng tersebut lalu menyebabkan dirinya ditembak.

“Aduh tengah fokus game tiba-tiba matkool boleh lalu pulak. Kan naya kena tembak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 3.5 juta tontonan, 299.3 ribu tanda like dan 5.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi wanita tersebut.

Squid Game

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Squid Game

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan mereka terhibur melihat plot twist ketika wanita tersebut terganggu dan hilang fokus terhadap permainan itu kerana muncul penjual aiskrim.

Ada juga yang berseloroh mengatakan jika mereka yang berada di dalam permainan tersebut, pastinya mereka sudah membuang air besar di dalam seluar kerana takut dengan bunyi tembakan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...