Wanita Pakai ‘Wristband’ COVID-19 Cetus Kebimbangan Ramai Apabila Ditemui Makan Di Kafe

COVID-19

Wanita Pakai ‘Wristband’ COVID-19 Cetus Kebimbangan Ramai Apabila Ditemui Makan Di Kafe

Semalam tular di media sosial, gambar seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. Di dalam gambar tersebut, jelas kelihatan wanita tersebut memakai ‘wristband’ yang menandakan dia di bawah kuarantin COVID-19.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kafe yang terletak di Bandar Meru Jaya di Ipoh baru-baru ini. Gambar tersebut kemudian tular di media sosial sekaligus membangkitkan kebimbangan ramai mengenai kejadian itu. Di sebalik kekecohan ini, pemilik kafe tampil menjelaskan kejadian sebenar.

Advertisement

“Bukan tak terfikir ye nak cek pengelangan tangan! Tapi tak ada hak nak selak lengan baju orang.”

wristband covid-19

Insiden yang tular ini sedikit sebanyak membuatkan pemilik kafe tersebut menerima tempiasnya memandangkan kejadian itu berlaku di kafenya. Menurut Nurul Chu Hada Karim, pihak pengurusan kafenya tidak bersalah dalam hal ini kerana mereka sememangnya beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

“Simple je! Kami buat ikut SOP. Bilamana pegawai minta detail, minta bukti kami boleh beri. Sebab apa? Sebab kami ada. Kami jalankan apa yang berwajib. Kami berniaga cari rezeki. Kami pun risau tentang keluarga kami.”

“Kalau kami salah! Kalau kami langgar arahan tak payah tunggu hampa netizen nak persalahkan kami, tentu tentu pegawai dah suruh kami tutup premis. Kalau kata boleh niaga kami niaga seperti biasa walapun terjejas dah nama kami. Orang dah takut.”

Tindakan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tular itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil terhadap wanita itu. Untuk makluman, individu yang menjalani kuarantin wajib memakai wristband bagi memudahkan pemantauan ke atas mereka agar kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...