Wanita Meroyan Di Kaunter Kedai Gara-gara Produk Dibeli Untuk Ibu Tidak Berkesan

Trending

Wanita Meroyan Di Kaunter Kedai Gara-gara Produk Dibeli Untuk Ibu Tidak Berkesan

Satu video yang menunjukkan seorang wanita ‘menyerang’ pekerja di sebuah kedai suplemen kecantikan telah menjadi viral.

auralututanWanita itu yang berbaju gaun warna hitam membebel dalam desibel yang tinggi memarahi pekerja itu kerana memberitahu bahawa dengan menggunakan produk itu tidak akan mengalami sakit lutut lagi manakala bacaan gula darah ibunya pula hanya turun sebanyak lima dari 15 menjadi 10.

Advertisement


Wanita yang sama kemudiannya beredar dari kedai setelah dipujuk oleh seorang lelaki yang mengambil video dia memarahi pekerja kedai produk itu dibeli.

Video berdurasi 1 minit 15 saat itu kini hangat diperkatakan Netizen dan majoriti menganggap wanita itu seorang yang biadap. Video tersebut boleh ditonton di bawah:


Ada juga yang mengagumi kecantikan wanita itu namun menganggap video yang diviralkan ini hanyalah satu cara pemasaran produk itu.

Produk itu dikatakan akan ‘meletup’ setelah ia diviralkan dengan cara sebegitu dan ada kemungkinan juga wanita yang meroyan itu ialah pengasas produk tersebut.

screen-shot-2016-11-23-at-2-18-25-pm

Penulis juga berpendapat sebegitu kerana wanita itu tidak konsisten dalam mengatakan angka penurunan gula darah, sekejap lima, sekejap 10 pula.

Malah, ia juga mungkin telah dirancang dari awal untuk dirakam apabila lelaki yang membuat rakaman itu pula memujuk beliau di hujung video setelah membuat rakaman lebih seminit. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Sumber: mfadhlydotcom

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...