Wanita Menyamar Tetamu & Curi RM2500 Di Majlis Kahwin Ditahan, Ada 10 Rekod Jenayah Lampau

Trending

Wanita Menyamar Tetamu & Curi RM2500 Di Majlis Kahwin Ditahan, Ada 10 Rekod Jenayah Lampau

Wanita yang sebelum ini tular dan dikehendaki kerana mencuri wang berjumlah RM2,500 selepas menyamar sebagai tetamu di sebuah majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan akhirnya sudah ditangkap.

Hasil siasatan pihak polis juga mendapati kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku dan suspek ada rekod jenayah sebelum ini.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, wanita itu telah ditahan pada jam 2.35 petang semalam selepas sepasukan anggota terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.

Anggota bertugas terus mengekori kereta tersebut dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pemandu teksi di hadapan sebuah masjid.

wanita menyamar tetamu curi 2500

Selepas disoal siasat, suspek mengaku telah mencuri wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, 1 Februari lalu.

Semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai 10 rekod jenayah lampau. Seorang lagi rakan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Polis turut membuat pemeriksaan ke atas badan kedua-dua suspek dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Tambah Kama Azural, kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

wanita dikehendaki mencuri duit ketika majlis kenduri
3 weeks ago

“Macam Mana Dia Tahu Ada Duit Atas Tu?” - Makcik Menyamar Jadi Tetamu Tumpang Tandas, Rupanya Nak Mencuri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...