Difahamkan sebelum ini wanita yang bergelar sebagai seorang guru berkongsikan pengalamannya di TikTok duduk dengan seorang penyewa yang didapati merupakan mahkluk misteri yang dikenali sebagai pocong.
Padah kongsi cerita duduk serumah dengan pocong
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.
Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ainina itu difahamkan telah mengurungkan diri di dalam tandas sementara menunggu ibu bapa menjemputnya untuk pergi daripada rumah berkenaan selepas mengetahui perkara sebena
Penjelasan pengalaman perubatan memaklumkan makhluk tersebut telah lama berlegar-legar dan ia seakan sedang mencari tuan baru.
Kesihatan semakin hari semakin merosot, guru dijemput Ilahi
Biarpun sempat mendapatkan rawatan, rupanya kesihatan Cikgu Ainina semakin hari semakin merosot, di mana dia enggan makan atau minum serta kerapa dihantui dengan perkara itu.
Lebih mengejutkan, susulan kesihatannya semakin merosot, guru berkenaan dikatakan sudah dijemput Ilahi dan ia kerana gangguan yang dihadapi amat berat kerana sempat berkongsi makanan dengan ‘housemate’ tersebut.
Difahamkan, penyewa lain turut berpindah daripada rumah berkenaan selepas melihat kelibat mahkluk berkenaan dan pendedahan ini dilakukan oleh seorang wanita di platform TikTok, di mana dia menceritakan dari mulanya kisah penderitaan arwah hingga akhir hayatnya.