Wanita Mengandung Kongsi Pengalaman Dikuarantin Sepanjang 12 Hari Di Hospital Akibat COVID-19

COVID-19

Wanita Mengandung Kongsi Pengalaman Dikuarantin Sepanjang 12 Hari Di Hospital Akibat COVID-19

Malaysia kini mencatatkan dua kematian pertama akibat wabak COVID-19 dengan kes keseluruhan diterima sebanyak 673 kes. Buat masa ini, rakyat Malaysia sedang menerima Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan bermula hari ini sehingga hujung bulan ini.

Baca: Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama Akibat COVID-19 Di Malaysia

Advertisement

Mereka yang disahkah positif wabak tersebut kini dikuarantinkan di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agakanya suasana semasa dikuarantin kan di hospital kan? Seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalaman rakannya yang dikuarantin selepas disahkan positif.

Hamil tiga bulan

Menerusi perkongsian ini, rakannya yang hamil tiga bulan terpaksa dikuarantinkan di hospital selama 12 hari. Rakannya, Farah dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan menerima pelawat langsung sepanjang tempoh itu. Malah sepanjang dikuarantin, semua yang memasuki wad akan memakai Personal Protective Equipment (PPE) sebagai langkah keselamatan.

kuarantin

kuarantin

Lebih menyedihkan, dia terpaksa menyambut hari lahirnya sendiri tanpa keluarga di hospital. Tetapi menurutnya, makanan luar boleh dibawa masuk jadi keluarganya ada menghantar makanan untuknya terutama pada hari jadinya itu.

kuarantin

Sepanjang dikuarantin juga, dia tidak dapat mengenalpasti siapa yang memasuki wad memandangkan semua perlu memakai sut keselamatan untuk langkah pencegahan. Hampir semua berpakaian begitu termasuklah ‘cleaner’ dan doktor sekalipun.

kuarantin

Selepas tamat kuarantin, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan proses pembersihan di rumah pesakit. Walaupun pesakit telah sembuh sepenuhnya, kerja-kerja pembersihan ini tetap dilakukan sebagai langkah pencegahan.

kuarantin covid-19

Difahamkan, wanita ini sudah sembuh sepenuhnya daripada wabak COVID-19 dan sudah dibenarkan keluar daripada hospital. Menurut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 49 kes berjaya pulih sepenuhnya dari wabak ini dan discaj dari hospital.

Artikel berkaitan: Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumikan Dengan Kawalan Ketat Kakitangan Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...