Malaysia kini mencatatkan dua kematian pertama akibat wabak COVID-19 dengan kes keseluruhan diterima sebanyak 673 kes. Buat masa ini, rakyat Malaysia sedang menerima Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan bermula hari ini sehingga hujung bulan ini.
Baca: Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama Akibat COVID-19 Di Malaysia
Mereka yang disahkah positif wabak tersebut kini dikuarantinkan di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agakanya suasana semasa dikuarantin kan di hospital kan? Seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalaman rakannya yang dikuarantin selepas disahkan positif.
Hamil tiga bulan
Nak share one of my experience yang disahkan positif Corona Covid-19.
SHES 3 MONTHS PREGNANT.
Alhamdulillah after 12 days warded, she was discharged last night. https://t.co/JlV7KlDUKY pic.twitter.com/8Y0xMiSIOP
— Amyz (@xzAmyxz) March 17, 2020
Menerusi perkongsian ini, rakannya yang hamil tiga bulan terpaksa dikuarantinkan di hospital selama 12 hari. Rakannya, Farah dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan menerima pelawat langsung sepanjang tempoh itu. Malah sepanjang dikuarantin, semua yang memasuki wad akan memakai Personal Protective Equipment (PPE) sebagai langkah keselamatan.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa menyambut hari lahirnya sendiri tanpa keluarga di hospital. Tetapi menurutnya, makanan luar boleh dibawa masuk jadi keluarganya ada menghantar makanan untuknya terutama pada hari jadinya itu.
Sepanjang dikuarantin juga, dia tidak dapat mengenalpasti siapa yang memasuki wad memandangkan semua perlu memakai sut keselamatan untuk langkah pencegahan. Hampir semua berpakaian begitu termasuklah ‘cleaner’ dan doktor sekalipun.
Selepas tamat kuarantin, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan proses pembersihan di rumah pesakit. Walaupun pesakit telah sembuh sepenuhnya, kerja-kerja pembersihan ini tetap dilakukan sebagai langkah pencegahan.
Difahamkan, wanita ini sudah sembuh sepenuhnya daripada wabak COVID-19 dan sudah dibenarkan keluar daripada hospital. Menurut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 49 kes berjaya pulih sepenuhnya dari wabak ini dan discaj dari hospital.
Artikel berkaitan: Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumikan Dengan Kawalan Ketat Kakitangan Hospital