Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang lelaki yang didakwa merakam gambar seorang wanita tanpa kebenaran di Klang, Selangor.
Menerusi video yang tular di TikTok itu, ia memaparkan wanita berkenaan merakam lelaki terbabit sambil memarahi perbuatannya dan video itu telah mendapat perhatian dan mencetuskan rasa marah dalam diri orang ramai.
Wanita itu turut menceritakan lelaki terbabit dipercayai menghalakan telefon bimbitnya ke arah wanita itu sewaktu dia sedang membeli makanan.
Aku baru lepas beli roti canai, selepas itu baru teringat nak beli roti di sebuah kedai tiba-tiba si tua gatal ini hala phone ke arah aku.
Bila lalu belakang dia, perasan dia tengah tengok gambar aku.
Menurutnya, dia sempat memeriksa galeri telefon lelaki itu dan menemui banyak gambar wanita lain yang dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mereka.
Banyak gila tau gambar perempuan dia tangkap. Aku mampu delete semua yang ada dekat recently delete. Dekat album aku tak sempat nak check.
@azxbzcavsbsiapa jumpa pakcik ni tolong hempuk kepala otak dia . lokasi nasi kandar asik rantau panjang klang sorry lah eh kalau aku biadap , tapi orang tua ni lagi biadapp tau banyak gila gambar video perempuan dekat phone dia !! aku baru je lepas beli roti canai , lepastu baru teringat nak beli roti dekat kinta tiba tiba si tua gatal ni hala phone dia ke arah aku . bila aku lalu belakang dia aku perasan dia tengah tengok gambar akuu !! terus aku marah si tua ni lepastu check phone dia suruh delete !! banyak gila tau gambar perempuan dia tangkap . aku mampu delete semua yanga ada dekat recently delete dia je yang dekat album aku tak dan nak check weh menggigil aku nak hempuk kepala si tua gatal ni ! bila aku ugut dia nak buat report polis terus dia blah eh memang biadap orang tua gatal ni !! hati hati la perempuan yang suka jalan sorang kat luar sana . sebelum post ni memang aku dah jerit depan muka dia aku nak viralkan diaa . kurang ajar betulll buat malu anak bini kau jelah pakcik !! silap orang lah kau nak tangkap tangkap gambar akuu !!! jijik betul perangai rumah kata pergi , kubur kata mariii !♬ original sound – user
Tak ada yang berani tegur
Menerusi ruangan komen, wanita itu turut mendakwa lelaki berkenaan sering merakam gambar guru tadika serta para ibu yang menghantar anak mereka ke sebuah taska berhampiran, namun tiada siapa yang berani menegurnya sebelum ini.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki itu dan menyokong tindakan berani wanita tersebut yang menegurnya di khalayak ramai dan mendedahkan wajahnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.