Sejak semalam, tular isu mengenai seorang pempengaruh dikenali ramai iaitu Elcah mendedahkan bahawa terdapat seorang wanita cuba menganggu rumah tangganya serta mengakui pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan aktor popular, Fattah Amin.
Bahkan, percintaan tersebut turut didakwa menjadi punca perkahwinan Fattah bersama bekas isteri, Fazura musnah dan lebih memeritkan, wanita itu merupakan pembantu peribadi aktres terbabit.
Fattah Amin didakwa curang & punca bercerai?
Susulan sudah kecoh di platform media sosial, terdapat satu hantaran yang telah menarik perhatian ramai susulan Fattah didakwa berlaku curang sewaktu masih bergelar suami hingga berlakunya pergaduhan besar yang membawa kepada perceraian.
Laki keluar rumah dua bulan, bini pun tunggu laki untuk betulkan balik keadaan tapi laki tak ada effort. So bini kecewa sangat, file kan cerai. Laki bagi syarat nak cerai boleh tapi tak boleh buka aib.
Ramai kesian dengan Fazura, teruk dihentam waktu bercerai
Dalam pada itu, ramai turut meluahkan rasa kesian terhadap Fazura yang selama ini terpaksa menghadap kecaman netizen kerana bekas suami kelihatan seperti tidak melakukan kesalahan.
1 Malaysia hamun Fazura dan berpihak pada kayu. Pelik gila. Kiri kanan depan belakang kena hentam dengan in laws, kawan-kawan artis. Sampai tahap masuk khutbah jumaat pasal buka aib dan duit raya je.