Wanita Mengaku Bunuh Anak Dengan Keluar Berparti Selama Seminggu Tanpa Tinggalkan Makanan

Kehidupan

Wanita Mengaku Bunuh Anak Dengan Keluar Berparti Selama Seminggu Tanpa Tinggalkan Makanan

Seorang ibu mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun dengan meninggalkan anak itu seorang diri di rumah sementara dia berparti di luar selama seminggu.

Advertisement

Mahkamah diberitahu bahawa Maria Plenkina, 21, meninggalkan anaknya, Kristina, yang terlalu lapar sehinggakan anak itu cuba makan serbuk pencuci.

Anak itu ditemui tidak berpakaian dan mati kebuluran dalam sebuah bilik sejuk penuh sampah sarap di sebuah flat di bandar Kirov, Rusia. Dia sebelum itu hanya makan sedikit makanan–yogurt, ayam dan sosej yang ditinggalkan ibunya.

Sebelum meninggalkan Kristina untuk berparti sempena hari Valentine’s tahun lepas, Plenkina menutup bekalan air di flatnya.

Advertisement

Mayat Kristina ditemui neneknya Irina Plenkina, 47, yang datang untuk mengucapkan kepada anak itu selamat hari lahir ke tiga tahun.

Gambar: Maria Plenkina di mahkamah.

Si ibu, dianggap jahat oleh jiran-jiran, berdepan dengan hukuman penjara dari lapan hingga 20 tahun.

Satu penyiasatan jenayah ke atas ‘pembunuhan kejam’ itu membuktikan Plenkina mengunci anaknya dalam bilik flat itu dari 13 Februari dan hanya pulang pada 20 Februari.

Gambar: Kristina, sebelum kematiannya.

Pakar psikiatrik mendapati dia waras dan sedar semasa melakukannya.

Plenkina tinggal dengan rakannya Anastasia Kurpina yang berkata Plenkina berbohong kepadanya dengan mengatakan Kristina dijaga oleh seorang rakan.

Anastasia memberitahu penyiasat bahawa dia yang mengeluarkan belanja setiap kali Plenkina ke kelab malam dan kafe untuk minum alkohol.

Gambar: Keadaan bilik Kristina ditinggalkan–penuh sampah.

Tidak lama sebelum keluar rumah selama seminggu, Plenkina putus cinta dengan teman lelakinya.

Advertisement

Plenkina mengaku membunuh anaknya tetapi tidak berniat sedemikian. Plenkina berkata sudah meninggalkan makanan untuk anaknya tetapi kenyataannya bercanggah dan dia tidak dapat memberitahu dengan tepat jumlah sebenar sosej yang ditinggalkan.

Sambil menangis di mahkamah dia memberitahu:

Saya tak pernah hendak dia mati.

Bagaimanapun jurucakap jawatankuasa penyiasat berkata:

Ibunya berkata anaknya memang sengaja tutup pintu apartment dan tinggalkan rumah untuk berseronok dengan rakan-rakan dalam jangkamasa seminggu.

Sewaktu ditahan Plenkina tidak menangis mahupun menunjukkan sebarang kekesalan, dakwa sumber polis.

Gambar: Kristina semasa bayi.

Dia cuma berkata dengan dingin:

Ya. Saya keluar. Saya tutup air dan tinggalkan anak itu tanpa air dan makanan.

Gambar: Nenek Kristina yang sedih dengan apa berlaku.

Nenek anak kecil itu berkata dia boleh jagakan Kristina jika dia tahu ibu anak kecil itu hendak keluar.

Dia bohong pada saya bahawa semuanya baik saja. Dia bohong kepada semua orang.

Jika saya tahu ada yang tak kena saya pasti sudah ambil anak itu. Saya tak sangka Maria sanggup buat begitu.

Tidak pernah ada sebarang petanda bahawa Kristina didera sebelum ini.

Dia menunjukkan lakonan profesional kelas tertinggi – dengan berjaya tipu semua orang sampai begitu sekali.

Akhirnya baru saya tahu–yang saya tak pernah kenal anak sendiri.

Gambar: Mainan yang ditinggalkan di luar rumah Kristina untuk menghargai memorinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...