Seorang wanita telah menemukan sepasang cermin mata dalam bungkusan kerepek kentang yang dibelinya di sebuah pasar raya.
Menerusi laporan Newsweek, wanita yang dikenali sebagai Paula Payan dari Cadiz di selatan Sepanyol berkongsi beberapa keping gambar di Twitter yang menunjukkan bungkusan kerepek kentang belum dibuka yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat makanan berpangkalan di Arco de la Frontera.
Jika dilihat, terdapat sepasang cermin mata dengan bingkai berwarna hitam boleh dilihat menerusi bahagian lutsinar bungkusan kerepek itu.
me he encontrado unas gafas de vista en un paquete de patatas (adjunto todas las perspectivas para que se vea que no es fake) pic.twitter.com/dbMUxSV1GI
— paulapayan123 (@paulapayan123) April 6, 2021
Dia mengambil beberapa keping gambar daripada sudut yang berbeza untuk membuktikan ianya benar dan bukannya palsu.
Apabila menyedari akan kejadian, dia dan ibunya hanya ketawa dan beranggapan mungkin salah satu pekerja kilang syarikat berkenaan menjatuhkannya ke dalam bungkusan tersebut.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan memohon maaf kepada wanita berkenaan menerusi akaun Twitter berhubung kejadian. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan tidak marah atau kesal atas insiden yang terjadi.
Malah turut ketawa kerana baginya ini suatu yang unik dimana dia menemukan objek di dalam bungkusan makanan yang belum dibuka lebih-lebih lagi sepasang cermin mata.
Alahai, macam-macam lah