Wanita Menangis Ditipu ‘Scammer’ Di TikTok Shop, ‘Founder’ Hijabistahub Mahu Gantikan 4 Pasang Baju Raya

Kehidupan

Wanita Menangis Ditipu ‘Scammer’ Di TikTok Shop, ‘Founder’ Hijabistahub Mahu Gantikan 4 Pasang Baju Raya

Baru-baru ini, tular rakaman TikTok seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas ditipu oleh seller di laman sosial tersebut.

Kata wanita itu, dia telah membuat bayaran untuk membeli 4 pasang baju raya dengan seller tersebut namun barangan yang dipesan tidak sampai-sampai ke tangannya.

Advertisement

Boleh tak siapa siapa tolong saya, tolong macam mana nak refund balik duit baju raya kena scam? Macam mana nak refund balik? 4 helai saya beli.

seller scam TT shop

Tambahnya, dia telah membuat aduan kepada pihak TikTok namun tiada apa-apa tindakan diambil dan dia tidak dapat semula duit serta masih tidak menerima baju raya yang dipesan.

Dalam keadaan menangis wanita berkenaan turut mendedahkan seller terbabit telah menolak permohonannya untuk meminta refund.

@eshiakozakuraaaaTIKTOK TOLONG BLOCK SELLER NI♬ original sound – asiah

Selepas hantaran itu tular, wanita tersebut membuat video lain menerangkan bahawa seller berkenaan telah menukar nama kedai dan dia juga telah dihubungi pihak TikTok untuk urusan refund.

Dalam pada itu, ramai bersimpati dengan nasib wanita berkenaan malah ramai menawarkan untuk membelikan baju raya lain buatnya untuk menggantikan kerugian sebelum ini.

Komen daripada pemilik jenama baju raya terkenal, Hijabistahub telah meraih perhatian netizen selepas dia berkata mahu menggantikan empat pasang baju raya jenama itu kepada wanita tersebut.

Baca DM saya nanti saya gantikan 4 pasang baju raya awak. Jangan sedih please.

komen owner Hijabistahub di TikTok

Dalam pada itu, sesetengah netizen berkata urusan return atau refund di TikTok shop memang melecehkan dan menyusahkan pengguna membuatkan mereka lebih memilih platform atas talian seperti Shopee dan Lazada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

taktik scam terbaru, jangan scan kod qr pada kertas saman
2 months ago

Taktik 'Scam' Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah 'Scan' Kod QR Pada Kertas Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...