Wanita Maut Selepas Jatuh Tebing Ketika Bergambar Sakan Meraikan Tamatnya Perintah ‘Lockdown’

Trending

Wanita Maut Selepas Jatuh Tebing Ketika Bergambar Sakan Meraikan Tamatnya Perintah ‘Lockdown’

Perancangan awal bagi meraikan tamatnya perintah ‘lockdown’ bertukar menjadi tragedi untuk sekumpulan kawan apabila salah seorang rakan mereka maut di tempat kejadian. Olesya Suspitsyna, dari Turki tergelincir dari tepi tebing ketika rakannya menangkap gambarnya di kawasan tarikan pelancong itu.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu sejurus kerajaan menamatkan perintah berkurung di negara tersebut. Selepas beberapa minggu berkurung di rumah, mangsa dan rakan-rakannya bersiar-siar di kawasan yang mempunyai pemandangan menakjubkan itu.

Advertisement

Wanita itu kemudian mahu mengambil gambar ‘berani mati’ di tepi tebing berlatar belakangkan air terjun.

Olesya Suspitsyna

Dia kemudian memanjat pagar keselamatan dan terus bergaya sakan sambil dirakamkan oleh kawannya. Sikap berani wanita itu mengundang padah apabila dia tergelincir di atas rumput dan menyebabkan dia hilang keseimbangan sehingga terjatuh dari tebing setinggi 35 meter itu.

Rakannya yang sedang merakamkan gambarnya panik dan segera menghubungi pihak berkuasa. Olesya disahkan maut di tempat kejadian dan pihak berkuasa menemui mayatnya dan ditarik keluar dari kawasan air terjun itu.

jatuh tebing

Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian ini menyifatkan kematian disebabkan oleh kemalangan. Mayat Olesya diterbangkan dari Turki ke Kazakhstan, negara asalnya untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Turki sebelum ini telah menjalankan perintah berkurung dan menutup semua premis perniagaan dan sekolah untuk membendung penularan wabak COVID-19. Negara itu sebelum ini mencatatkan 117,589 kes dan 3,081 kematian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...