Baru-baru ini, pelakon Yusuf Bahrin telah meraih pujian daripada warganet susulan menjaga adab sewaktu ditemu ramah oleh seorang wanita ‘mat saleh’ bagi perlawanan bola sepak yang berlangsung di Johor.
Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik di platform TikTok, Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin dilihat sedang ditemu ramah oleh wanita luar negara.
Namun begitu, pakaian wanita mat saleh itu dianggap kurang sopan dan terlalu mencolok mata hingga menampakkan bahagian dada.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji sikap suami penyanyi, Zizi Kirana itu kerana berusaha menjaga pandangannya.