Wanita Mampu Mendapatkan Zuriat, Walaupun Sudah Mencecah 70 Tahun

Trending

Wanita Mampu Mendapatkan Zuriat, Walaupun Sudah Mencecah 70 Tahun

Anda tahu apa itu rawatan persenyawaan in-vitro (IVF)? Tidak dinafikan, setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya mahu memiliki zuriat sendiri. Namun, ada yang ditakdirkan mengalami masalah kesuburan hingga menyukarkan peluang mereka mendapatkan cahaya mata.

Masalah kesuburan yang dihadapi setiap pasangan adalah berbeza dan perjalanan untuk mengatasinya juga tidak sama. Ada sesetengah pasangan memilih menjalani rawatan kesuburan dan ramai juga yang perlu menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) demi mendapatkan zuriat.

Advertisement

5 years ago

IVF Catat Kadar Kehamilan 32%

Alternatif itu terpaksa dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan. Antara faktor mengapa pasangan memilih untuk mendapatkan rawatan IVF adalah kerana mengalami masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan iaitu tidak ada sebarang sebab yang nyata dalam pesakit tersebut.

Wanita mendapat zuriat ketika berumur 70 tahun

Menurut Harian Metro, seorang wanita berusia 70 tahun dari Gujerat, India dipercayai menjadi salah seorang ibu tertua di dunia selepas berjaya mendapatkan zuriat menerusi kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari yang berumur 75 tahun sebelum ini berusaha untuk mendapatkan bayi selama beberapa dekad namun tidak berjaya. Pasangan dari sebuah kampung kecil bernama Mora di Gujerat, India itu sudah berkahwin selama 45 tahun.

Jivunben berkata, dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk membuktikan usianya tetapi mendakwa dia berusia 70 tahun dan itu akan menjadikannya salah seorang ibu tertua di dunia.

Wanita 70 tahun dapat zuriat

Gambar Jivunben bersama anaknya – Sumber Harian Metro

Menurut doktor yang menjalankan rawatan IVF kepada pasangan tersebut iaitu Dr Naresh Bhanushali, pihaknya sebelum ini memberitahu kepada pasangan itu yang mereka tidak dapat memperoleh anak pada usia tua namun mereka tidak menerimanya.

Susulan itu, pasangan tersebut memaklumkan pada Dr Naresh Bhanushali yang banyak ahli keluarga juga melakukan rawatan IVF tersebut dan ini adalah salah satu kes yang paling jarang dilihat olehnya.

Kebanyakan wanita mengalami putus haid pada usia 50-an dan kemungkinan wanita berusia 70-an untuk hamil secara semula jadi adalah hampir mustahil. Namun dengan rawatan IVF, mana-mana wanita dengan rahim yang sihat mempunyai peluang untuk hamil.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...