Wanita Malaysia Terlalu Yakin, Jadi Punca Mudah Ditipu Warga Afrika?

Trending

Wanita Malaysia Terlalu Yakin, Jadi Punca Mudah Ditipu Warga Afrika?

Terlalu yakin pada diri sendiri menjadi kelemahan sesetengah wanita sehingga terperangkap dengan ‘love scam’, kata pakar psikologi Dr Mariani Mohd Nor.

Advertisement

Jelas beliau, terma psikologi yang digunakan ialah ‘sangkaan kekebalan’ iaitu keadaan seseorang yang merasakan sesuatu perkara buruk yang menimpa orang lain tidak akan berlaku kepadanya walaupun selalu mendengar mengenainya.

“Mereka berasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan percaya diri mereka lebih bijak berbanding orang yang pernah menjadi mangsa,” katanya, lapor portal FMT.

‘Love Scam’ merujuk kepada sindiket luar negara lazimnya didalangi warga Afrika yang menggunakan pelbagai cara khususnya kata-kata manis terhadap wanita Malaysia melalui media sosial dengan tujuan memperdaya mereka untuk mendapatkan wang.

Menurut Dr Mariani lagi, pelaku ‘love scam’ tidak boleh dipandang enteng kerana mereka mengenali sasaran, termasuk latar belakang dan kelemahan yang boleh dimanipulasikan.

“Mereka bijak memujuk rayu. Kelemahan yang ada pada seseorang wanita menjadi kelebihan kepadanya untuk menggoda,” tambah dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya itu lagi.

Golongan wanita yang berumur tanpa pasangan, kesunyian, kaya, tiada ramai kawan dan teruja berkenalan warga asing juga dilaporkan sebagai antara punca mereka menjadi mangsa ‘love scam’.

Di sebalik pendedahan meluas media, Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din memaklumkan sebanyak 78 kes penipuan ‘love scam’ atau turut dikenali ‘African Scam’ dilapor berlaku di negeri itu dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini dengan kerugian lebih RM2 juta, berbanding 50 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Malah statistik polis, pada 2015, kerugian melibatkan ‘love scam’ di seluruh negara mencecah hampir RM200 juta iaitu kira-kira 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah kes yang dilaporkan juga meningkat daripada 1,028 kes pada tahun 2014 kepada lebih 1,500 kes.

Dalam pada itu, pakar psikologi klinikal, Azlina Roszy Mohamad Ghaffar berkata pelaku penipuan ‘love scam’ bertindak mengambil kesempatan di atas sikap rakyat Malaysia yang tidak menaruh syak wasangka (unsuspecting) terhadap orang lain mahupun sesuatu situasi.

“Secara psikologi, persekitaran yang aman dan selesa mempengaruhi kita untuk berasa selamat sehingga terleka dan mudah tertipu,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk pihak berwajib mengadakan kempen kesedaran, terutamanya melalui media sosial yang menjadi ‘sarang’ sindiket mencari mangsa.

“Kita boleh buat ‘alert di Facebook, yang sentiasa muncul pada garis masa pada sela tempoh tertentu untuk mengingatkan pengguna agar sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...