Wanita Malaysia Ini Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 US & Kanada 2019

Trending

Wanita Malaysia Ini Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 US & Kanada 2019

Setiap tahun majalah terkenal Amerika Syarikat tidak akan ketinggalan untuk mengeluarkan senarai orang-orang muda yang berpengaruh dalam pelbagai bidang di Amerika Syarikat dan Kanada.

Apa yang menarik kali ini, ada seorang warga Malaysia yang berjaya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 untuk kategori peruncitan (retail) dan Edagang (Ecommerce).

Advertisement

Kimberley Ho, seorang warga Malaysia yang merupakan pengasas dan pengarah produk kecantikan Everedeen, dan antara sebab dia tersenarai adalah sebagai penghargaan terhadap usahanya menghasilkan produk kesihatan kulit asli untuk kanak-kanak.

Dia yang berusia 28 tahun itu pernah berkhidmat di Wall Street sebagai pelabur jenama konsumer apabila beliau menyedari keperluan untuk produk-produk asli yang selamat.

Dalam temu bual dengan Forbes pada awal Mei 2018, Ho berpindah ke Amerika Syarikat ketika dia berusia 18 tahun untuk melanjutkan pengajiannya di Stanford University. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai pelaburan di Goldman Sachs dan menjadi pelabur di Oaktree Capital.

“Beberapa tahun saya dalam bidang kewangan mengajar saya banyak mengenai kesusahan, keberanian dan bagaimana membina perniagaan – tetapi akhirnya saya tidak dapat menjadi kreatif dalam jawatan tersebut. Saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza. “

Ho membuat keputusan untuk mengisi kekosongan di pasaran dengan memulakan perusahaan Everedeen pada Mac 2018.

Selepas dilancarkan, perniagaan Everedeen berjaya meraih RM8.3 juta, produk keluaran jenama ini mendapat penganugerahan dari Bobbi Brown dan Vogue.

Ho dalam temu ramah dengan majalah Forbes berkata beliau sering membeli produk bayi dari A.S untuk kenalannya di Asia. Akhirnya, Ho menyedari kandungan produk-produk bayi berkenaan tidak selamat dan memudaratkan penggunanya.

Tidak lama selepas itu, dia berhenti kerja dalam bidang kewangan dan mula memberi tumpuan kepada membangunkan produk penjagaan kulit yang lebih semula jadi dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Ho bersama suaminya dan pengasas bersama, Huang, mengumpul satu pasukan bersama pakar kulit pediatrik dari Harvard dan Stanford untuk membangun sesuatu yang bebas daripada toksin, selamat untuk digunakan oleh anak-anak. Oleh itu, tercetuslah jenama Evereden di pasaran.

Senarai Forbes 30 Under 30 2019 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang juga adalah antara tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.

Sumer: Awani dna Forbes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...