Seorang wanita yang mahu berhibur di sebuah kelab malam di Manchester, United Kingdom baru-baru ini terkejut apabila dia dikategorikan tidak layak untuk berbuat sedemikian.
Itu yang berlaku kepada Claire Sidebottom ketika dia cuba masuk ke kelab terbabit namun dihalang oleh dua pengawal. Menurut Daily Star, dua ‘bouncer’ tersebut malah turut menghina dan mentertawakannya serta memberitahu dia tidak boleh masuk ke kelab malam terbabit atas alasan ‘terlalu hodoh’.
Bukan setakat memberikan alasan tidak masuk akal itu, mereka berdua turut merampas telefon bimbit milik wanita berusia 33 tahun terbabit.
Kata Claire, dia rasa seperti dibuli dan sengaja dijadikan sasaran oleh dua lelaki terbabit.
Penjaga pintu itu sepatutnya melindungi pelanggan, bukan membuli, mencederakan dan merompak.”
Katanya lagi, dia sangat terluka ketika ditertawakan selain sedih apabila telefonnya dirampas kerana di dalamnya terdapat gambar dan memori bayinya.
Di dalamnya, ada gambar sentimental bayi saya. Memori itu kini sudah hilang.”
Salah seorang lelaki tersebut bernama Christopher Cash, 33, telah pun diarahkan untuk melakukan kerja komuniti selama 18 bulan dan 120 jam kerja tanpa bayaran selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Bukan itu saja, Christopher dilaporkan sudah dipecat daripada kerja di kelab malam tersebut. Seorang lagi suspek dikhabarkan meninggal dunia sebelum sempat dibicarakan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.