Seorang wanita meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila seorang jururawat bertugas telah membantunya menguruskan bayinya kerana dia kepenatan selepas bersalin.
Menerusi Threads, wanita ini telah berkongsi pengalamannya sepanjang berada di wad bersalin Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan bagaimana jururawat itu memberi layanan yang sangat baik.
Tidak hanya membantunya menguruskan bayi, jururawat berkenaan juga berkali-kali berkata wanita itu perlu tidur dan berehat.
Malam tu baby aku nangis, taknak tidur. Dia datang bagi susu. Dia cakap, ‘mama, you kena tidur. Mama kena rehat. Baby ni you jangan risau I jaga’.
Bukan itu sahaja, tambah wanita ini lagi jururawat berkenaan juga turut mengurutkan kaki dan perutnya selain membedung serta mendodoikan bayi sehingga tidur.
View on Threads
Perkongsiannya meraih perhatian ramai dan ternyata ramai wanita lain turut pernah dilayani dengan baik oleh jururawat yang sama.
Ramai meluahkan rasa syukur kerana jururawat berkenaan memang begitu baik dan menjaga pesakit serta bayi dengan teliti.
Difahamkan jururawat berkenaan dipanggil Vivi dan ramai yang membaca perkongsian tersebut mencadangkan agar wanita ini menulis penghargaan tersebut di dalam portal SISPAA.
Tulis penghargaan untuk dia dekat situ. Mudah mudahan orang atasan baca, dia dapat sijil atau APC.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.