Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan meluahkan rasa kecewa selepas dia menerima penempatan tetap di Sabah sehingga mendorongnya untuk membuat satu keputusan besar iaitu berhenti kerja.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu memuat naik slip penempatan tetap yang menunjukkan dia telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Ibu Anak Beluran, Sabah dan diminta melaporkan diri pada Oktober ini.

gambar hiasan
Menurutnya, dia sudah berkahwin dan mempunyai anak yang berusia 11 bulan dan penempatan di kawasan pedalaman itu adalah sesuatu yang menyukarkan dirinya sekeluarga.
Terima kasih ya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya dah kahwin dan ada anak ya. Suka hati nak suruh kita ke sana.
Cuba fikir sikit kalau pergi sana, siapa nak jaga anak saya? Untuk couple yang baru beli rumah sebab nak settle down lepastu tiba-tiba kena pindah? Seronok ke? Selamat tinggal KKM.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan alasan dia enggan ke Sabah tiada kaitan dengan pandangan netizen yang mendakwa dirinya melihat negeri itu sebagai negeri yang teruk.
Tak teruk pun, Sabah cantik saya pernah pergi. Isunya sekarang sebab saya kena berjauhan dengan keluarga itu je. Tak ada pun nak kutuk mana-mana tempat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyarankan agar doktor tersebut membuat rayuan dengan pihak KKM, namun dia menjelaskan bahawa proses itu bukanlah mudah.
Ada juga yang menasihatinya agar membuat permohonan untuk bekerja di hospital swasta atau membuka klinik sendiri.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.