Wanita Luah Rasa Geram, Dakwa Dirakam Pemandu E-Hailing Ketika Tidur – “Saya Nampak Dia Tekan Telefon Laju-Laju”

Kehidupan

Wanita Luah Rasa Geram, Dakwa Dirakam Pemandu E-Hailing Ketika Tidur – “Saya Nampak Dia Tekan Telefon Laju-Laju”

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dirinya dirakam secara senyap oleh seorang pemandu e-hailing ketika tertidur di dalam kenderaan berkenaan semasa dalam perjalanan untuk pulang dari tempat kerja.

Menerusi video yang tular di Facebook, wanita itu berkongsi pengalamannya menaiki kenderaan tersebut dan menyedari kejadian itu ketika dia hampir tiba di rumah rakannya.

Advertisement

Dua hari lepas, balik kerja guna e-hailing. Penat sangat sampai tertidur dalam kereta. Tersedar sebab ada orang call. Pemandu tu senyum dan kata ‘penat sangat ya kerja harini sampai tertidur’ dan saya cuma iyakan.

 

Masa nak sampai rumah kawan (saya tidur rumah dia malam tu), saya nampak dia tekan telefon dia laju-laju. Rupanya dia ambil gambar saya masa tengah tidur.

Terkejut akan tindakan pemandu itu, wanita berkenaan mempersoal mengapa gambarnya diambil namun dinafikan oleh pemandu itu.

Saya terkejut dan terus tanya kenapa ambil gambar saya tapi dia tak mengaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu itu dan meminta agar wanita berkenaan membuat laporan polis.

pemandu e hailing gatal pemandu e hailing gatal

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Wanita Mengamuk, Lelaki ‘Gatal’ Didakwa Ambil Gambar Secara Curi - “Banyak Gambar Perempuan Dia Tangkap..”
2025-06-28 13:25:39

Wanita Mengamuk, Lelaki ‘Gatal’ Didakwa Ambil Gambar Secara Curi - “Banyak Gambar Perempuan Dia Tangkap..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...