Wanita Luah Rasa Bimbang, Ada ‘Sticker’ Tersembunyi Disebalik ‘Sticker’ Tisu Basah Bayi – “Tengah ‘Unboxing’ Tisu Basah Anak, Tapi..”

Kehidupan

Wanita Luah Rasa Bimbang, Ada ‘Sticker’ Tersembunyi Disebalik ‘Sticker’ Tisu Basah Bayi – “Tengah ‘Unboxing’ Tisu Basah Anak, Tapi..”

Buat mereka yang baru menimang cahaya mata, sudah tentu mereka mahu menyediakan kelengkapan bayi menggunakan barang-barang yang berkualiti tinggi kerana, anak yang baru dilahirkan itu adalah lebih sensitif berbanding golongan dewasa.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads apabila seorang wanita bertanya kepada orang ramai mengenai tisu basah bayi yang dibelinya secara atas talian.

Advertisement
ibu dan anak

gambar hiasan

Menurutnya, dia telah membeli produk tersebut selepas ada pempengaruh yang mempromosikannya.

Namun, dia berasa pelik selepas mencabut pelekat jenama berkenaan selepas mendapati terdapat pelekat lain dengan tulisan Mandarin.

Tengah unboxing wipes tissues anak tapi nampak ini pula, siapa faham apa maksud perkataan ni?

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menjelaskan tulisan Mandarin itu bermaksud ‘Tisu Basah Dapur’ yang jelas tidak selamat untuk digunakan pada bayi kerana mengandungi kimia yang tinggi.

wanita risau lap badan anak pakai tisu basah dapur

Mengetahui perkara tersebut, wanita itu meluahkan rasa bimbang kerana dia telah menggunakan dua pek tisu jenama itu pada badan bayinya walaupun si bayi dikatakan tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif.

Orang ramai dilihat turut meluahkan rasa bimbang dengan produk berkenaan dan menasihati agar wanita tersebut membeli barangan keperluan bayi yang lebih berkualiti dan selamat agar tidak berdepan dengan situasi yang sama.

wanita risau lap badan anak pakai tisu basah dapur wanita risau lap badan anak pakai tisu basah dapur

Ada juga individu yang mendakwa mungkin kilang membungkus produk itu dengan pelekat yang salah pada awalnya.

wanita risau lap badan anak pakai tisu basah dapur

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ameera khan blusher
3 days ago

"Dia Tahu Produk Dia Kualiti Murah" - Kongsi Barang 'Make-Up' Yang Tak Boleh 'Ditinggalkan', Netizen Persoal Ameera Khan Tak Pakai Jenama 'Blusher' Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...