Buat mereka yang baru menimang cahaya mata, sudah tentu mereka mahu menyediakan kelengkapan bayi menggunakan barang-barang yang berkualiti tinggi kerana, anak yang baru dilahirkan itu adalah lebih sensitif berbanding golongan dewasa.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads apabila seorang wanita bertanya kepada orang ramai mengenai tisu basah bayi yang dibelinya secara atas talian.

gambar hiasan
Menurutnya, dia telah membeli produk tersebut selepas ada pempengaruh yang mempromosikannya.
Namun, dia berasa pelik selepas mencabut pelekat jenama berkenaan selepas mendapati terdapat pelekat lain dengan tulisan Mandarin.
Tengah unboxing wipes tissues anak tapi nampak ini pula, siapa faham apa maksud perkataan ni?
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menjelaskan tulisan Mandarin itu bermaksud ‘Tisu Basah Dapur’ yang jelas tidak selamat untuk digunakan pada bayi kerana mengandungi kimia yang tinggi.
Mengetahui perkara tersebut, wanita itu meluahkan rasa bimbang kerana dia telah menggunakan dua pek tisu jenama itu pada badan bayinya walaupun si bayi dikatakan tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif.
Orang ramai dilihat turut meluahkan rasa bimbang dengan produk berkenaan dan menasihati agar wanita tersebut membeli barangan keperluan bayi yang lebih berkualiti dan selamat agar tidak berdepan dengan situasi yang sama.
Ada juga individu yang mendakwa mungkin kilang membungkus produk itu dengan pelekat yang salah pada awalnya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.