Wanita Lap Periuk Nasi Guna Baju Kelawar Raih Tumpuan Ramai

Trending

Wanita Lap Periuk Nasi Guna Baju Kelawar Raih Tumpuan Ramai

Tidak dinafikan, ramai orang yang belajar memasak bermula dengan memasak nasi kerana ia merupakan perkara basic dalam memasak. Selain itu, nasi sememangnya makanan yang perlu ada setiap kali waktu makan kerana ia merupakan makanan ruji untuk seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang kita tahu, golongan wanita lah yang paling arif dan mahir tentang masakan kerana dari kecil sudah diajar serta mereka lah orang yang selalu berada di dapur. Jadi, memasak nasi ini adalah perkara paling mudah dan perlu diketahui.

Advertisement

3 years ago

Ugut Bunuh Dan Maki Kakak Sendiri Sebab Tak Masak Nasi, Lelaki Ini Dipenjara 2 Tahun

Kalau dahulu, ada yang sempat belajar memasak nasi menggunakan dapur kayu. Namun, zaman sekarang ini kita sudah mempunyai banyak kemudahan dan hanya masak menggunakan periuk elektrik sahaja. Kata orang, lebih mudah dan jimat masa.

Ramai boleh relate dengan gelagat wanita ini yang lap periuk gunakan baju kelawar sebelum masak nasi

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang wanita menunjukkan cara mak-mak masak nasi.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan wanita itu sedang memasak nasi di dapurnya. Namun, apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila dia dilihat selamba mengelap periuk nasi tersebut mengggunakan baju kelawarnya sebelum memasukkan ke dalam rice cooker.

Caranya itu ternyata membuatkan ramai kaum perempuan boleh relate kerana rupa-rupanya ramai yang memasak nasi seperti itu kononnya ajaran turun temurun daripada mak-mak mereka.

“Weh sama hahahaha, lambat aih nak cari kain bagai”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 860.3 ribu tontonan, 46 ribu tanda like dan 8.9 ribu komen. Rata-rata turut merasa terhibur melihat gelagat wanita itu mengelap periuk nasi menggunakan baju kelawarnya.

Wanita lap periuk nasi guna baju kelawar

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Wanita lap periuk nasi guna baju kelawar

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang bersetuju dengan cara wanita tersebut dan mengatakan yang mereka juga turut melakukan cara yang sama apabila memasak nasi di dapur.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan yang mereka lap periuk nasi tersebut menggunakan baju kelawar kerana tidak mempunyai masa untuk cari kain.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...