Wanita Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah Telah Dikenalpasti

COVID-19

Wanita Langgar Arahan Kuarantin Di Rumah Telah Dikenalpasti

Individu tular yang dikatakan gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) telah dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak. JKN turut telah mengesan restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata pihak JKN Perak sedang mengumpul maklumat yang lebih terperinci mengenai kejadian itu.

Advertisement


“Saya ingin menasihatkan orang ramai yang pernah makan di kafe itu mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya bimbang mereka boleh membuat ujian COVID-19 atau menjalankan kuarantin di rumah jika terdapat gejala.”

Wanita terbabit yang memakai tag berwarna merah jambu tular semalam, selepas dikatakan menikmati hidangan di sebuah medan selera di bandar itu sehingga mendapat kecaman hebat masyarakat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak telah melakukan operasi sanitasi nyahcemar kuman di premis yang terlibat dan beberapa buah kedai dalam deretan sama.

Operasi yang dijalankan selama satu jam setengah itu bermula pada 2.30 petang tadi melibatkan seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...