Wanita Lakonkan Situasi Di Kedai Makan, Sekali Ada Plot Twist!

Trending

Wanita Lakonkan Situasi Di Kedai Makan, Sekali Ada Plot Twist!

Tidak dinafikan, media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita zaman sekarang ini. Setiap hari boleh dikatakan, pastinya kita akan membuka laman media sosial kita untuk pelbagai tujuan. Tidak kisahlah sama ada untuk urusan kerja ataupun urusan peribadi seperti menonton video.

Aplikasi TikTok merupakan salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman kini. Bukan sahaja golongan muda, golongan yang lebih berumur juga banyak dilihat menggunakan aplikasi TikTok. Ia semakin menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video.

Advertisement

3 years ago

Gelagat Mak Tolong Anak Rakam Video Raih Tumpuan Netizen

Malahan, ia juga telah menjadi platform untuk pengguna menyerlahkan bakat dan kreativiti masing masing selain dari hanya untuk berkongsi video. Ramai orang dilihat gemar mengeluarkan content-content yang lucu hasil kreativiti mereka di laman TikTok termasuklah bakat menari, menyanyi dan lakonan.

Wanita selamba angkat telefon orang lain semasa di kedai makan

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama adza_irda yang memaparkan gelagat seorang wanita melakonkan semula situasi semasa berada di kedai makan.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan wanita itu sedang duduk bersendirian di kedai makan lalu memesan order pada pelayan kedai makan tersebut. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi telefon bimbit dan dengan pantasnya menjawab panggilan itu.

Panggilan tersebut adalah daripada seorang lelaki yang ingin meminta izin daripadanya untuk berkahwin lagi satu. Dengan muka selamba, wanita tersebut membenarkannya untuk berkahwin lagi satu tanpa berfikir panjang dan seakan tidak kisah dengan apa yang lelaki itu mahu lakukan.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila terdapat plot twist pada jalan cerita yang dilakonkan oleh wanita itu. Selepas meletakkan panggilan tersebut, datang seorang perempuan bertanya kepadanya jika dia ada ternampak telefon bimbitnya yang tertinggal di situ.

Lah! rupa-rupanya panggilan yang dia jawab itu datangnya dari suami perempuan berkenaan, patut lah dia dengan selambanya memberi keizinan kepada lelaki itu untuk berkahwin lagi satu. Macam-macam la ‘akak’ ini.

“Patut la begitu je dia bagi izin, bukan laki sendiri hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan, 166.6 ribu tanda like dan 9.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat lakonan wanita tersebut.

Wanita lakonkan situasi di kedai makan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Wanita lakonkan situasi di kedai makan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai yang tidak menyangka terdapat plot twist pada jalan cerita lakonan wanita tersebut dan mengatakan yang jika ia merupakan drama maghrib di TV3, pastinya mereka akan duduk depan TV untuk menontonnya.

Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan dia kesian terhadap nasib pemilik sebenar telefon bimbit tersebut, pastinya perempuan itu terkejut apabila ternampak perempuan lain dalam rumahnya sedang berkepit dengan suaminya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...