Wanita Lahir Kembar Sembilan Jadi Tumpuan Warganet

Trending

Wanita Lahir Kembar Sembilan Jadi Tumpuan Warganet

Seorang wanita di Mali jadi tumpuan ramai selepas melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi melalui pembedahan caesarean.

Pada awalnya, Halima Cisse, 25, berasal dari sebuah wilayah miskin di barat Afrika, disahkan mengandung bayi kembar tujuh menerusi pemeriksaan ‘ultrasound’.

Risau dengan keadaannya, dia kemudiannya diterbangkan ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik pada 20 Mac lalu.

Advertisement

Bagaimanapun menerusi laporan Mirror.co.uk, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan memaklumkan Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi pembedahan.

SEBAHAGIAN BAYI KEMBAR 9

Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, dimaklumkan oleh doktor yang merawat Cisse bahawa mereka berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Ibu dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi”

Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi kerana sudah melakukan yang terbaik dan profesional ketika menyambut kelahiran luar biasa itu.

Wah, sekali bersalin terus dapat 9 kembar. Agaknya macam mana nak cam semua bayi tu ya?

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...