Wanita Korea Agih 200 Bungkus Gula-Gula Dalam Pesawat Untuk ‘Hiburkan’ Penumpang Sekira Bayinya Menangis

Trending

Wanita Korea Agih 200 Bungkus Gula-Gula Dalam Pesawat Untuk ‘Hiburkan’ Penumpang Sekira Bayinya Menangis

Penerbangan selama 10 jam sudah tentu membuatkan penumpang resah dan bosan. Bagi penumpang dewasa, mungkin itu tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak atau bayi?

wanita

Advertisement

Bagi bayi, mereka hanya tahu menangis sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Sekiranya mereka mula menangis, pastinya menganggu penumpang yang lain.

Justeru menyedari akan hal itu, seorang penumpang wanita dari Korea yang membawa bayinya mengambil langkah persediaan dengan mengagihkan 200 bungkus gula-gula kepada penumpang lain.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat dari Korea Selatan menuju ke San Francisco, California.

Wanita tersebut mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan. Gelagat wanita itu mengagihkan bungkusan gula-gula itu sempat dirakam oleh penumpang lain.

wanita

Tindakan wanita itu menyebabkan penumpang-penumpang lain tertanya-tanya. Ternyata wanita tersebut berbuat demikian kerana bimbang anaknya akan menangis dan menganggu orang lain di dalam pesawat itu.

Malah, di dalam bungkusan gula-gula tersebut, terdapat satu nota yang menjelaskan situasi yang dialaminya kerana ini merupakan kali pertama dia membawa anak kecil menaiki pesawat.

wanita

Jadi tidak hairanlah dia berasa gementar dan bimbang anaknya itu menangis. Namun apapun tindakannya itu sebenarnya harus dipuji kerana tidak pentingkan diri dan tahu menjaga perasaan orang lain.

Sumber Berita: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...