Seorang wanita berkongsi pengalamannya bercuti di Rumah Hutan Bonda Rozita dan telah memberi rating yang rendah iaitu 4.5/10 kerana beberapa perkara.
Menerusi TikTok, Anis Ridzwan telah menerangkan secara profesional mengapa dia memberikan rating serendah itu serta memaklumkan beberapa perkara ketika percutiannya ke resort milik usahawab terkenal, Bonda Rozita itu.
Kata Anis, harga dikenakan oleh resort tersebut mahal jika mahu dibandingkan dengan servis dan pengalaman dilalui olehnya dan keluarga.
Perkara pertama yang ditekankan olehnya adalah kualiti servis makanan dan ketika di sana, mereka perlu mengambil makana yang sudah dibungkus untuk dibawa pulang ke bilik.
Dekorasi dia sangat cantik tapi makanan dia out. Rasa macam duduk kolej. Makanan untuk makan malam kena ambil pukul 4.30 petang.
Lepas pukul 6 takde aktiviti
Bukan itu sahaja, ketika bapa mentuanya mahu memesan ‘scrambled egg’ untuk anak buahnya yang masih kecil, pekerja resort berkata mereka tidak boleh membuat menu itu.
Warung tu tak boleh buat. Dia boleh buat telur mata dan telur rebus sahaja. Kami stay dekat situ mahal-mahal tapi tak boleh buat.
Tambahnya, selepas jam enam petang tiada lagi servis ‘tuk-tuk’ yang membawa mereka ke mana-mana dan waktu malam di situ sunyi tanpa aktiviti.
Dalam pada itu, dia akui menggemari sesi urutan yang ditawarkan oleh resort tersebut dan tidak kisah untuk kembali hanya untuk servis mengurut berkenaan.
Anis juga berkata pengalamannya di situ bukanlah tidak seronok sama sekali tetapi dia hanya memaklumkan beberapa isu yang boleh diperbaiki oleh resort berkenaan.
@anis.ridzwan Replying to @Elladine Alhamdulillah, best je tapi kalau boleh improve lagi, why not? 🤍 #vlog di #rumahhutanbondarozita #cuticutimalaysia #rumahklasik #staycationmalaysia ♬ original sound – Anis Ridzwan
Hantaran itu meraih perhatian dan ramai juga netizen dipercayai pernah melalui pengalaman yang sama bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Anis terutamanya bab makanan di resort berkenaan.
Dalam pada itu, netizen juga berharap Bonda Rozita akan lebih kerap memantau bisnes tersebut dan memperbaiki apa yang sepatutnya agar pelanggan berasa lebih gembira.