Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Apabila Seorang Lelaki Cuba Membuka Pintu Keretanya

Trending

Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Apabila Seorang Lelaki Cuba Membuka Pintu Keretanya

Seorang wanita baru-baru berkongsi di Facebooknya, dengan memberi amaran kepada orang ramai tentang kejadian menakutkan yang menimpanya ketika dia berada di tempat letak kereta Mid Valley Megamall.

Pada 6 Ogos lebih kurang jam 9.36 malam, May Qi yang baru ingin pulang ke rumahnya melihat seorang lelaki dengan selendang yang menutupi wajah perlahan-lahan menghampiri keretanya.

Advertisement

Dalam masa lebih kurang 2 minit, lelaki itu terus memukul cermin sisi penumpangnya dan cuba membuka pintu kereta penumpang bahagian hadapan.

Menyedari pintu kereta itu dikunci dan tidak dapat membukanya, lelaki terbabit berusaha membuka pintu bahagian belakang pula. Akibat panik, May Qi segera menekan horn keretanya bagi meminta pertolongan.

Dia turut berjaya merakamkan gelagat lelaki itu yang terus berusaha membuka pintu keretanya.

Dalam video yang diskongsikannya itu, pengawal keselamatan premis berkenaan muncul dan kelihatan lelaki itu dengan tenang berjalan pergi seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Fobia dan ketakutan dengan apa yang mungkin boleh berlaku sekiranya dia tidak dapat mengunci pintu kereta tepat pada waktunya, May Qi memperingatkan pemandu lain supaya berhati-hati, terutamanya para wanita yang memandu berseorangan.

Menurutnya, ini bukanlah pertama kali dia mendengar kejadian seperti itu berlaku di tempat letak kereta pusat membeli-belah tetapi dia tidak pernah menyangka kejadian itu akan terjadi kepada dirinya.

May Qi telah pun membuat laporan polis dan juga melaporkannya ke pusat membeli-belah tersebut.

Mid Valley semalam telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut.

Setelah melakukan pemeriksaan ke atas lelaki itu dan tidak menemui sebarang objek berbahaya atau pengenalan diri, pengawal keselamatan pusat membeli-belah itu membawanya keluar dari pusat membeli-belah itu.

“Kami ingin meyakinkan orang ramai bahawa kami mengawasi premis pusat membeli-belah dan sekitarnya dengan teliti, kerana kesihatan dan keselamatan pengunjung serta penyewa tetap menjadi keutamaan kami.”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...