Wanita Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Tanpa Peneman Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

COVID-19

Wanita Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Tanpa Peneman Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung kini, hospital tidak lagi menerima kehadiran pelawat bagi mengurangkan penularan wabak. Tetapi bagaimana agaknya dengan mereka yang berada di dalam situasi kecemasan seperti wanita yang mahu bersalin?

Seorang wanita dikenali sebagai Anies Surianie telah berkongsikan pengalamannya melahirkan anak kedua semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dengan lebih 6,000 perkongsian tidak sampai 24 jam dimuatnaik.

Advertisement

Tiada peneman dalam labour room 

wanita bersalin

Gambar hiasan

Menurutnya, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, jururawat di Klinik Kesihatan telah memintanya untuk bersiap sedia dengan kawalan ketat daripada pihak hospital. Maklum saja lah, tidak ada individu yang dibenarkan keluar kecuali untuk membeli barang keperluan.

Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman.

Suami atau waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu-ibu yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot-kot nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)

Ingat balik pesan nurse atau doktor jangan panik. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.

Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung tak boleh jenguk isteri dah masa ni.

Saya haritu hanya seorang nurse yang sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak sekali. Hehe hanya katil lah yang jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua-dua ibu dan anak selamat.

Tiada peneman siang dan malam dalam wad

Sediakan barang baby dan ibu secukupnya. Untuk labour room dan dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa-rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal-awal.

bayi baru lahir

Paling penting bersedia dengan banyak-banyak BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya susu ibu senjata utama untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak atau suami di sisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde lah ibu blur sangat masa tu.

Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang-sorang. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik juga la air mata. Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.

Tiada pelawat dibenarkan masuk pagi atau petang

Kalau mak atau suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past dekat guard je. Beg-beg baju pun guard yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.

Nasib baik bersalin dekat HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu dan anak tu. Nak buat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum je lah tanda kita okay dah tak sabar nak balik #dudukrumah.

Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yang rasa betul-betul diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu di dada. Jangan mengeluh guys. Kita kuat kerana kita wanita. Minta suami dan family doakan proses bersalin dipermudahkan.

Selamat berjuang!

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu wanita yang bakal melahirkan anak untuk membuat persiapan. Semoga semuanya dipermudahkan untuk anda!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...