Seorang wanita bernama Jen Yee Teoh berkongsi di Facebooknya kejadian yang berlaku ke atasnya ketika di kuarantin di Hotel Summit USJ, Subang Jaya.
Kejadian dikatakan berpunca apabila dia yang telah hampir kehabisan bekalan air botol 500 ml, menelefon receptionist hotel tersebut bagi mendapatkan tambahan bekalan air itu.
Dia diberitahu yang dia perlu menunggu dan berkemungkinan hanya akan mendapat 7 botol sahaja lagi bekalan air 500 ml itu, yang mana purata satu botol sehari.
Jen kemudiannya bertindak menghubungi pengurus hotel tersebut namun tidak mendapat sebarang jawapan. Setelah menunggu beberapa jam dia sekali lagi menelefon receptionist hotel itu dan diberi jawapan yang agak kasar dan tidak sopan dengan menyatakan, “Maaf, semuanya di dalam mesyuarat ok?”
Jen kemudian bertindak berkongsi mengenai isu itu di dalam group chatnya.
Jen sekali lagi memuat naik status di Facebooknya, menyatakan yang biliknya dikunjungi oleh kakitangan hotel tersebut bersama beberapa orang pegawai polis. Mereka mendakwa dia telah berbohong dan pihak hotel akan menghubungi peguam mereka bagi mengambil tindakan undang-undang di atas kenyataan Jen.
Diharap kedua-dua belah pihak dapat berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.