Perkahwinan merupakan antara perkara terindah buat seorang wanita namun bagi wanita ini, perkahwinan dengan seorang pemuda pilihan hatinya menjadi episod paling duka dalam hidup.
Ini kerana dia hanya sempat bergelar isteri selama 12 hari sebelum diceraikan suaminya tanpa sebarang sebab yang konkrit.
Naima Maheswari berusia 23 tahun dari Indonesia berkata, perkahwinan mereka berlangsung pada 13 Disember lepas sebelum berakhir pada 25 Disember.
Tanggal 12 hari perkahwinan dia diceraikan malahan belum pernah merasakan saat-saat indah bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sejak tahun 2018.
Sampai pada 25 Disember, dia meninggalkanku tanpa teragak-agak. Tanpa sebab perpisahan yang jelas, tanpa kesempatanku untuk bertanya kenapa? Apa yang boleh aku perbaiki? Ada yang salah sama aku? Anda juga pasti hairan. Kenapa?
Menurut Naima, dia sendiri tidak tahu sebab bekas suaminya memutuskan untuk menceraikannya. Ujarnya, pada asalnya mereka cuma berkawan, sering chat, dan membuat panggilan video, namun lelaki itu yang mula mencadangkan mereka membawa hubungan ke peringkat lebih serius.
Malah, lelaki itu melamar Naima dan meminta untuk berjumpa orang tuanya. Keluarga lelaki itu datang merisik pada asalnya dan kemudiannya mereka bertunang dan kedua-kedua keluarga bersetuju tempoh lapan bulan persediaan sebelum pernikahan.
Tarikh perkahwinan mereka ditetapkan pada 13 Disember 2019. Mereka malah sempat melaksanakan sesi fotografi pra-perkahwinan kerana mahu menjadikan ia kenangan seumur hidup.
Malahan terdapat video pra-perkahwinan yang didakwa Naima enggan dimuat naik kerana dia merasa terluka bila melihatnya.
Menurut Naima, tunangnya berkata reda menerima bahawa dia bekerja mencari wang dan mempunyai kerjaya sebagai guru tuisyen di samping membantu perniagaan keluarganya.
Namun di sebaliknya, tunangnya mengumpatnya bersama kakak iparnya melalui aplikasi WhatsApp dan perbualan mereka ditemui Naima dalam telefon lelaki itu.
Naima disifatkan mereka sebagai tamak kerana mengutamakan kerja berbanding menghabiskan masa berkenalan dengan keluarga tunangnya.
Bagaimanapun 14 hari sebelum majlis perkahwinan mereka bergaduh besar mengenai perkara yang tidak didedahkan. Naima berkata pada masa itu dia terkejut melihat tunangnya marah kepadanya dan kelihatan seperti sanggup memukulnya.
Mereka berbaik selepas itu dan walaupun ada keraguan, Naima meneruskan hasrat berkahwin dengan pemuda itu kerana semua persiapan telah dilakukan malah kad jemputan sudah diedarkan.
Majlis itu berlangsung penuh meriah dan mengikut adat etnik Naima yang merupakan penduduk asal Indonesia.
Naima berkata selepas berkahwin suaminya tinggal di rumahnya terlebih dahulu dan berhasrat hanya mahu kembali bekerja pada hari kelapan.
Menurut Naima, mereka tidak melakukan hubungan suami isteri kerana dia datang bulan. Namun begitu, sesuatu seakan berubah dan suaminya kembali masuk bekerja pada hari kelima.
Kemudian dia juga enggan pulang ke rumah Naima dan ibu bapanya dan hanya pulang ke rumah ibunya sendiri.
Naima kemudiannya datang ke rumah mertuanya untuk menemani suaminya. Dia membungkus sate untuk dijamu kepada ibu mertuanya, malangnya ibu mertuanya berkata tidak sukakan sate.
Kakak iparnya juga datang selepas itu membawa mangga. Ia sebaliknya disambut baik oleh ibu mertuanya yang berkata sukakan mangga.
Dia cuba berbual dengan kakak iparnya tetapi tidak diendahkan, dan dilayan seolah-olah dia tidak wujud di situ.
Menurut Naima, dia terasa hati tetapi mendiamkan diri, dan apabila masuk ke bilik, melihat suaminya masih menonton televisyen di ruang tamu dan langsung tidak menoleh ke arahnya.
Sewaktu di dalam bilik dia dimarahi suaminya kerana duduk diam dan dia diminta berbual dengan ahli keluarga. Naima berkata sudah berbual dan ingin berehat sebentar kerana keletihan baru habis menguruskan perniagaan keluarganya. Suaminya terus keluar dari bilik.
Dia tidak sedar sudah tertidur dan apabila bangun suaminya juga bersiap ke tempat kerja manakala Naima bersiap untuk membantu perniagaan keluarganya. Tetapi suaminya makin dingin:
Semakin hari keanehan makin menjadi. Tak ada lagi kehangatan, tiada perbualan yang bermakna, tiada gurauan atau kejar-kejaran. HP suami yang biasanya bebas aku pegang sekarang tak boleh, dia masukkan dalam poket terus. Aku buatkan kopi atau teh langsung tak diminum sama sekali.
Naima cuba memeluk suaminya tetapi tiada respons. Pernah Naima cuba mendekati suaminya tetapi ditolak dengan mengatakan ‘panas’ dan suaminya langsung tidak menyentuhnya selepas itu.
Adakah kerana bentuk badanku?
Apakah kerana bentuk badanku? Dari awal aku sudah beritahu kamu siap dengan badanku yang seperti ini? I’m curvy.
Dia kata apa masalahnya? Dia menerima baik buruk dan segala kekuranganku. Tapi sekarang jadi begini? Malam itu aku hancur.
Hancur dengan posisi tidak punya siapa-siapa. Tidak ada pegangan sama sekali. Bahkan tempat bercerita juga tiada, aku benar-benar sendiri. Mahu cerita ke orang tua, tak mungkin. Aku tak mahu jika merosakkan kebahagiaan mereka.
Akhirnya aku cuma diam, diam dan diam. Berlagak semuanya baik-baik saja dan tidak terjadi apa-apa. Meski apa pun yang aku masak untuknya, dia tak mahu makan. Semakin hari makin parah apabila dia pulang jam 11 malam ke atas.
Tak ada nafkah batin yg aku terima (maaf).
Pada hari ke-12 perkahwinan mereka Naima diserang demam. Dia muntah-muntah dalam bilik mandi dan langsung tidak dipedulikan oleh suaminya yang juga tidak bertanya apa-apa kepadanya mahupun mengambil berat.
Naima bertanya pada suaminya jika ada minyak kayu putih (minyak angin), dan suaminya hanya meletakkan botol minyak itu sebelum bergerak ke tempat kerja.
Ibu mertuanya juga keluar dari rumah, meninggalkan Naima sendirian.
Sehingga jam 9.00 pagi Naima tidak mampu bertahan dan menelefon bapanya meminta dibawa pulang ke rumah mereka. Di rumah ibu bapanya, Naima diberi jamu dan diurut oleh ibunya. Naima menceritakan semuanya pada ibunya. Ibu bapanya kemudiannya meminta Naima bersabar dan meminta Naima memujuk suaminya agar datang ke rumah mereka.
Namun suaminya berkata:
Aku pun pening sebab makan gulai kambing tadi. Kamu tidur sana saja ya.
Naima yang bingung dengan sikap suaminya mula meluah rasa dan bertanya mengapa suaminya berubah, sehingga sanggup tidur diluar, enggan memberi nafkah batin, balik kerja lambat dan lain lain.
Suaminya hanya menjawab:
Maaf, sangat minta maaf.
Naima menangis teresak-esak dan kemudian bapanya masuk ke bilik dan bersedih melihat keadaannya.
Akhirnya bapanya menyalin baju dan keluar bersama ibunya ke rumah menantunya. Di sana, bapa Naima bertanya (seperti diceritakan ibunya):
Kenapa seperti ini ? Ada apa sama anak saya?
Suaminya kemudian menjawab:
Maaf.. saya tak boleh teruskan pernikahan ini.
Bapa Naima kemudiannya meminta suaminya menguruskan hal perpisahan dengan keluarganya sebelum pulang.
Di rumah, Ibu Naima memujuknya:
Kuat ya nak..yang tabah. Anak mama cantik, anak mama masih muda, anak mama yang terbaik.
Terlalu kecewa, Naima mencapai telefon dan menghantar teks kepada suaminya:
Tolong. Dulu kamu minta aku dari orang tuaku baik-baik. Sekarang kembalikan aku ke orang tuaku dengan cara yang baik juga.
Suaminya menjawab:
Maaf traumaku yang dulu belum hilang (suami Naima pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini).
Naima membalas:
Aku tunggu di rumah, aku sudah beritahu bapa dan ibu. Kamu sendiri yang tak boleh mengatasi trauma mu.
Aku sudah mencuba jadi isteri yang baik, aku cuba diam dan sabar. Kalau kamu boleh bersikap egois seperti ini, aku pun boleh. Tolong kembalikan aku ke orang tuaku dengan baik. Ku doakan kamu dapat wanita yang lebih dari aku. Sekali lagi, jangan lagi kamu buat mainan anak orang, ijab qabul bukan main-main.
Taruhannya nyawa. Anak yang kamu sakitkan itu dibesarkan mati-matian oleh ayahnya. Dulu kamu minta dan sekarang kamu beginikan. Semoga kamu dapat yang lebih dari aku dan semoga kamu senantiasa diberkati.
Kalau diikutkan, berat hati, abang.
Ikatan ini bererti besar buat aku. Aku sayang kamu.
Sayangku ke kamu melebihi sayang ke diriku sendiri. Aku mencuba memenuhi apa pun yang kamu mahukan, tapi sepertinya kamu tak punya rasa yang besar padaku. Sayangku percuma , tidak ada timbal balik. Perlahan aku bakal lupakan rasa ini, terima kasih sudah memberiku momen yang indah.
Memberiku momen yang tak terlupakan. Aku tak sangka tadi pagi itu terakhir kali aku boleh lihat kamu. semoga sihat selalu suamiku.
Namun sehingga kini bekas suaminya dan ahli keluarganya tidak datang bertemu ibu bapa Naima untuk memulangkannya secara rasmi.
Naima terlalu sedih tetapi tetap kuat kerana ada ahli keluarganya. Tiap kali dia keluar, jiran-jiran yang tahu mengenai apa yang terjadi melihat Naima sambil berbisik-bisik dan ini menyedihkannya.
Naima mengatakan, dia berkongsi kisah itu di Twitter kerana tidak mahu orang lain merasakan pengalaman yang sama. Dia mengakhiri untaian dengan meminta agar sesiapa yang membaca tidak takut dengan perkahwinan:
Jangan kamu semua.
Ini kelam ..
Benar-benar gelap.
Seperti mengambil sepertiga bahagian hidup.
Semoga kamu semua boleh memetik pelajaran dari apa yang terjadi.
Jangan takut menikah.
Tak ada yang salah dengan pernikahan, aku hanya tidak beruntung dipertemukan dengan manusia sepertinya.
Dan jika dia baca ini.
Semoga ini mewakili rasa sakit yang sudah kamu beri.
Terima kasih.
Terima kasih banyak sudah mengajarkan sabar yang tiada penghujung sekali gus menempatkanku di jurang terdalam yang bahkan tak tersentuh cahaya sedikit pun.
Semoga kamu bahagia :)
Apa lebih menyedihkan, setelah untaian yang ditulis Naima tular di Twitter Indonesia dan Malaysia, bekas suaminya hanya mengatakan kepada kawannya yang bertanya mengenai perkara tersebut bahawa dia tidak pernah menyesal apa yang terjadi.
Ini menghancurkan hati Naima, kerana bekas suaminya tidak pernah kesal menghancurkan hatinya. Warganet menyatakan kebencian mereka kepada bekas suami Naima yang bernama Ahmad dan menggelarnya ‘si bangsat’.
Naima menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat dari warganet yang menyokongnya.
Semoga dia berjaya lupakan kesedihan ini dan meneruskan kehidupannya dengan lebih baik selepas ini. – amazingnara.com