Hantaran seorang wanita di Facebook baru-baru ini mendapat perhatian warganet selepas dia berkongsi tentang kejadian di mana bapanya menjadi sasaran perompak pada waktu siang di Klang, 13 Disember lalu.
Cerita Tammy, bapanya yang berusia 70-an ketika itu memandu Proton Iriz berwarna biru untuk pergi membayar bil Maxis di antara jam 2 hingga 3.30 petang di Aeon Bukit Tinggi.
Selepas membuat bayaran, bapa saya berjalan kembali ke arah kereta dan seorang lelaki Cina berusia 50-an, berambut hitam, memakai baju putih dan seluar hitam, bercakap Mandarin dan Inggeris, masuk ke dalam kereta.
Lelaki tersebut kemudian menyuruh bapa Tammy untuk memandu ke premis restoran makanan segera di Jalan Taiping dan mengambil telefon dan kad kredit sebelum melarikan diri.
Hanya dalam tempoh beberapa jam, bapanya telah kerugian lebih RM45,000 selepas perompak itu membuat beberapa pengeluaran di mesin ATM. Secara kebetulan, bapanya tiba di depan pejabat tempat kakak Tammy yang kemudiannya menghubungi pihak bank dan membawa bapa mereka ke balai polis.
Kejadian malang itu membuat seluruh keluarga Tammy kini ketakutan memikirkan keselamatan mereka. Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan siasatan kini sedang dijalankan. Tammy berkata kejadian itu membuatkan bapanya trauma namun mereka bersyukur dia selamat.
Bapa saya berusia 70-an, bukan (tech) savvy dan disebabkan penyakit strok dia sukar berkomunikasi (dengan orang lain). Dia menjadi sasaran mudah dan saya rasa kebanyakan warga emas kini mudah menjadi sasaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.