Seorang wanita berkongsi idea bernas menggunakan seterika ketika bekalan elektrik terputus lebih 17 jam di Indonesia.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @hariankopas, dapat dilihat wanita berkenaan bertindak meletakkan seterika yang diletakkan di atas sekeping pelapik kukus yang dipanaskan menggunakan dapur gas.
Seterika yang dipanaskan kemudiannya digunakan untuk menggosok pakaian suaminya yang hendak keluar bekerja.
PLN (bekalan elektrik) terputus selama lebih 17 jam pada Isnin, tetap perlu menyeterika pakaian.”
Cara penyelesaian masalah wanita berikut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kagum dengan kreativiti wanita itu.
Walau bagaimanapun, ada yang menasihatkan supaya tidak menggunakan tips yang diberi kerana berbahaya dan boleh merosakkan seterika.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: