Sedia maklum, apabila berkunjung ke sebuah restoran makanan segera, amalan mengemas meja selepas makan bukanlah satu perkara yang baru lebih-lebih lagi selepas berlakunya COVID-19 di mana kebanyakan restoran memberi peringatan agar pelanggan membuang sampah atau sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
Namun begitu, masih ada pelanggan yang memilih untuk meninggalkan sisa makanan dan sampah di atas meja tanpa rasa bersalah, seolah-olah itu bukan tanggungjawab mereka.

gambar hiasan
Tak kemas meja lepas makan
Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pelanggan yang disifatkan sebagai memiliki mentaliti kelas ketiga.
Masa pergi KFC, aku pula jadi cleaner. Third world mentality betul orang kita.
Kalau nak negara maju, tolong tukar mentality dulu. Benda basic macam bersihkan meja lepas makan pun nak kena ajar.
Dalam video tersebut, wanita itu turut menunjukkan cara untuk membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
@queenjerine Kalau nak negara maju, tolong tukar mentality dulu. Benda basic clean up after makan tu pun nak ajar? #kfc #kfcmalaysia ♬ What You Won’t Do for Love – Bobby Caldwell
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada pihak yang bersetuju dan menyifatkan tindakan membersihkan semula meja sebagai satu bentuk empati dan kesedaran sivik.
Namun, ada juga yang mempertikai dengan alasan itu merupakan tugas pekerja di restoran itu untuk membersihkan meja.
Malah ada juga yang mempertikai mengapa mereka perlu membersihkan meja sedangkan mereka membayar service tax.
Untuk info, service tax atau cukai perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas perkhidmatan tertentu. Cukai ini dikutip oleh perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kastam pada kadar biasanya sebanyak 6% daripada harga perkhidmatan.
Manakala, service charge pula adalah caj tambahan yang dikenakan oleh sesebuah perniagaan kepada pelanggan sebagai bayaran untuk perkhidmatan yang diberikan. Caj ini bukan cukai kerajaan, tetapi ditetapkan sendiri oleh restoran, hotel, atau perniagaan lain.
Biasanya, caj perkhidmatan ini sekitar 10% daripada jumlah bil dan digunakan untuk memberi penghargaan kepada staf atau menampung kos perkhidmatan pelanggan. Caj ini tidak wajib dan bergantung kepada polisi perniagaan sama ada ingin mengenakan atau tidak.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.