Bekas teman wanita pemenang pingat gangsa, Hayden Wilde dalam acara triathlon mengaku menyesal kerana memutuskan hubungan percintaan dengan atlet berkenaan.
Menerusi laporan New York Post, wanita yang enggan dikenali namanya itu ditemu ramah ketika bersama dengan rakan dan ahli keluarga bekas kekasihnya itu di New Zealand.
“Dulu saya satu sekolah rendah dengannya dan sekarang dia pun sudah dewasa”
Ketika ditanya apa yang ingin diungkapkan kepada Wilde yang masih berada di Tokyo, dia memaklumkan dia menyesal sebab putuskan hubungan percintaan mereka dulu.
Atlet daripada New Zealand itu berlari dan berbasikal untuk memenangi pingat gangsa dengan catatan masa 1 jam 45 minit dan 24 saat walaupun ketika acara pembukaan dia berada di kedudukan ke-37.
Ketika atlet pemenang pingat gangsa itu ditanya apa hal pertama yang ingin dilakukan selepas memenangi pingat tersebut, dia terus memaklumkan mengenai statusnya yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
“Saya rasa akan hubungi teman wanita saya di Sepanyol”
Tambahnya, dia memberitahu yang teman wanitanya itu bangun sejak awal pagi untuk menonton perlumbaannya yang berlangsung di Tokyo.
Walaupun wanita berkenaan sudah tidak lagi mempunyai hubungan dengan atlet daripada New Zealand itu, namun dia tetap gembira dan bangga atas kejayaan yang dicapai dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.