Wanita Kelahiran Ipoh Juarai Masterchef UK 2014 Dengan Nasi Lemak Dan Sup Wantan

Trending

Wanita Kelahiran Ipoh Juarai Masterchef UK 2014 Dengan Nasi Lemak Dan Sup Wantan

Seorang ibu, Catherine Chin Wan Peng Coombes membanggakan tanah airnya dengan memenangi pertandingan Masterchef UK 2014 dengan menghidangkan nasi lemak dan sup wantan.
thumb_dccfWalaupun tinggal di UK, Catherine berasal dari Ipoh dan sebelum ini bertugas sebagai pembantu pengurus hotel di sebuat hospital swasta, sangat bangga dengan masakan tanah airnya. Dia memenangi program realiti itu dengan interpretasi dirinya sendiri untuk hidangan kesukaan rakyat Malaysia tersebut yang telah diperkayakan.

Dia menghidangkan tiga jenis hidangan iaitu pembuka selera sup wantan, hidangan utama nasi lemak dan pencuci mulut panacotta kelapa dan vanila, mangga kering beku dan ‘air’ nenas bercampur limau.

Advertisement

Kuah Catherine diperbuat dari ayam dan cendawan shitake yang dimakan bersama dumpling ketam yang dibalut dengan mi. Ia ditabur dengan kulit wantan goreng dan cendawan straw dan kobis Peking.

Nasi lemak  Catherine dhidangkan dengan sambal cili, ikan bilis goreng, udang dan ayam serta kelopak bunga yang boleh dimakan, juga hirisan timun.

Gambar-gambar masakan Catherine serta keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Untitled3 Untitled4 Untitled5 Untitled6 Untitled7 Untitled8 Untitled9 Untitled10 Untitled11

Catherine menewaskan Jack Lucas, seorang graduan dan Luke Owen, seorang jurutera robotik setelah pertandingan selama lapan minggu.

Masakan Catherine mendapat pujian yang memberangsangkan dari juri John Torode dan Gregg Wallace yang menyifatkan hidangannya sebagai ‘menawan’.

Sumber imej: BBC

Teks: The Telegraph

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...