Wanita Kantoi Jadi Dalang Kes Samun Mentua, Curi Rantai Emas RM12,000 Untuk Gadai Bayar Hutang Ahlong

Berita

Wanita Kantoi Jadi Dalang Kes Samun Mentua, Curi Rantai Emas RM12,000 Untuk Gadai Bayar Hutang Ahlong

Seorang wanita yang pada awalnya dilaporkan menjadi mangsa samun telah didapati menjadi dalang kepada kejadian berkenaan.

Menurut laporan, wanita itu menggunakan helah berpura-pura menjadi mangsa samun yang berlaku di rumah mentuanya di Felda Chini Timur 1, Pekan pada 20 Mac lalu. Difahamkan, wanita 27 tahun itu telah membuat laporan kononnya disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pada 15 Mei lalu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan  Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan telah berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita.

Siasatan lanjut mendapati dia sebenarnya merancang kejadian samun itu bersama rakannya untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya.

beberapa lelaki pecah masuk ke rumah orang

 

Nak bayar hutang along

Wanita berkenaan telah merancang insiden samun berkenaan bersama suspek yang lain untuk mendapatkan barangan kemas milik ibu mentuanya bernilai RM12,000.

Selepas menyamun, hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain dan melunaskan hutang along.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau termasuklah kes samun, dadah dan pecah rumah.

Seorang daripada suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Dua lagi suspek iaitu wanita yang berpura-pura menjadi mangsa dan seorang lelaki didapati negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

tangan suspek digari

Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai berkait dengan kejadian samun termasuklah seutas rantai leher, gelang tangan dan sebilah pisau berhulu kayu, kad bank dan dokumen pajak gadai.

Mohd Zaidi berkata, semua suspek kini direman sehingga 23 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, dua suspek utama iaitu wanita berkenaan dan rakannya akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuantan pada 23 Mei.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita buat laporan polis palsu elak bayar hutang dan sewa rumah
2 weeks ago

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang, Wanita Sanggup Reka Cerita & Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...