Wanita Kantoi Buka Pek Stroberi Untuk Pilih Yang Elok Saja Buat Dirinya

Kehidupan

Wanita Kantoi Buka Pek Stroberi Untuk Pilih Yang Elok Saja Buat Dirinya

Biasanya, buah stroberi dijual dalam keadaan sudah dibungkus dalam pek-pek lutsinar dan harganya ditandakan mengikut berat. Lainlah jika kita ke Cameron Highlands di mana buah stroberi dijual secara pukal dan pembeli boleh memilih sendiri buah-buah yang ingin dibawa pulang.

Namun begitu, ada yang bersikap penting diri membuka pek-pek stroberi untuk memilih yang bagus saja bagi dibawa pulang dari pusat beli-belah. Itu apa yang disaksikan seorang wanita bernama Erny Hayati di Facebook, apabila dia datang ke sebuah pusat beli belah di Kepong untuk membeli stroberi.

Advertisement

Dia seterusnya merakamkan kejadian itu menggunakan telefon pintarnya.

Takde pulak sign cakap “bole campur @ bole pilih buah”

Bila sivik takde cam ni lah. Aku tak melenting kalau dia buat sekotak dua. Ehh dia buat more than 5 boxes taw. Selagi takde orang tegur (aku lah tu) dia bukak lah satu-satu memilih.

Aku inform kat staff buah seorang ni, dia jawab “i tataw i jaga anggur saja” (korang fikir la sendiri dengan siapa aku cakap ni) . Then aku reported kat aeon staff. Bagusnya sebelum dia datang tu dia sarung glove siap-siap. Then tegur miss tu. Pastu miss tu cakap la “buah ni tak elok ma, nak beli tak elok” blaa blaa blaa. Bila staff tu nak pegi timbang balik had dia campur-campur tu betul tak weight, dia buat lagi benda sama bukak-bukak pilih. Korang rasa????

Ewah-ewah dia buat macam pasar borong yer.

Ni la salah satu sebab strawberry korang tengok tu ada elok ada mcm lebam-lebam. Sebab dah disentuh direct!! Staff susun buah pakai GLOVE taw. Sbb tu buah elok je cantik kemas.

Tu belum lagi, berat yang dia sumbat-sumbat tu more than what it should be sebab kt cashier adik kakak abang tu scan je, dia tak timbang pun.

This happens more than 5 mins. Sampai aku pergi cari orang lah suruh tegur.

Status yang ditulis oleh Erny hayati mendapat ratusan komen di Facebook. Ramai menulis komen bersifat rasis, namun ada juga yang menyatakan ini ialah sifat individu dan tidak sepatutnya bangsa dipersalahkan.

Ada yang mendakwa wanita itu bukanlah memilih yang elok tetapi yang besar-besar dengan niat menguntungkan dirinya:

“Untunglah dia macam tu.”

Apa-apa pun, kita harapkan wanita ini tidak berbuat demikian di masa akan datang. Sudah tentu buah itu telah dipek mengikut berat dan jika ditukar-tukar, berat pek tersebut sudah tidak lagi sama seperti sepatutnya.

Tak elok terlalu pentingkan diri sendiri, bukan? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...