Wanita & Kanak-Kanak Disembelih Tentera Rejim Bashar Setiap Jam, Penduduk Aleppo Muatnaik Video “Ucapan Terakhir”

Trending

Wanita & Kanak-Kanak Disembelih Tentera Rejim Bashar Setiap Jam, Penduduk Aleppo Muatnaik Video “Ucapan Terakhir”

Aktivis kemanusiaan yang berada di Aleppo dalam satu laporan merayu agar memberi bantuan kepada rakyat Syria di mana beliau memaklumkan askar rejim Bashar al-Assad mula membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.

Advertisement

Laporan CNN menyebut, mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

“Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan,” kata Syrian Observatory for Human Rights pula.

Aktiviti pembunuhan itu muncul semula selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.

“Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda,” kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais.

Laporan juga menyebut, kerajaan telah memecah masuk rumah penduduk san menghalau mereka keluar menyebakan ramai yang kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam.

“Mayat bergelimpangan memenuhi jalan,” kata White Helmets dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beberapa video ‘Goodbye messages from Aleppo’ telah dimuatnaik oleh penduduk Aleppo di mana ada yang menyatakan mereka telah hampir dengan tentera Bashar dan kemungkinan ini adalah video terakhir mereka sebelum mati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...