Wanita Jatuh Tingkat 18 Rupanya Ditolak Suami Dari Tingkap

Trending

Wanita Jatuh Tingkat 18 Rupanya Ditolak Suami Dari Tingkap

Sebelum ini berita ada melaporkan seorang wanita berusia telah terjatuh dari tingkat 18 sebuah Kondomium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus Ayer Itam.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati wanita terbabit telah ditolak jatuh suaminya yang merupakan seorang tukang masak. Suspek dipercayai menolak mangsa dari tingkap ruang tamu rumah dan jatuh ke bawah.

Advertisement

“Mereka sudah lebih setahun berkahwin dan belum dikurniakan anak, malah suspek mengaku menolak mangsa selepas pertengkaran itu”.

“Suspek ditahan dan polis turut merampas botol yang mengandungi ketulan kristal dan plastik lut sinar mengandungi daun kering dipercayai dadah selain dua telefon bimbit”. – Kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Suspek juga mengaku berlaku pertengkaran dan mendakwa isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sebelum menolak mangsa jatuh ke bawah.

Suspek ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...