Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wanita Jangan Ingat Umur 40 Macam Dah Tua Sangat – Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan ataupun lebih dikenali sebagai Che Ta sering memberikan inspirasi buat wanita-wanita diluar sana. Meskipun sudah berusia 40 an, Che Ta masih bertenaga dan lincah merancangan sesuatu didalam kehidupannya.

Advertisement

Menurut Che Ta, kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Pada saat itu, beliau sudah mengecapi pelbagai perkara dan berjaya baik daripada segi rumah tangga ataupun kerjaya.

Umur 40 saya kahwin dengan Zain Saidin. Pada umur 41 tahun pula saya melahirkan Aaisyah Dhia Rana, sekarang dia pun sudah dua tahun. Jadi macam untuk orang perempuanlah terutamanya, jangan ingat umur 40 rasa macam dah tua sangat lah.

Tak sebenarnya, kalau orang lelaki boleh cakap life begin at 40’s, kenapa bukan perempuan jugak kan? My life begin at 40’s. Pada umur 40 tu kita dah cukup matang, kita dah tahu apa hala tuju hidup kita, dah tahu apa yang kita nak so kita dah boleh rancang perjalan hidup kita.

Kami sokong kata-kata Che Ta itu, usia sebenarnya bukan halangan untuk kita terus ke hadapan dan mencapai segala impian. Apa yang penting kekal positif dan jangan mudah putus asa. Gitu..

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top