Wanita Jalin Hubungan Dengan Pengasas Produk D******** Tampil Dedah Sikap Suami ?

Trending

Wanita Jalin Hubungan Dengan Pengasas Produk D******** Tampil Dedah Sikap Suami ?

Semalam laman sesawang facebook kembali ‘meriah’ dengan isu yang lebih panas dari isu Izreen Azminda dan suaminya Ude iaitu di mana seorang pengasas produk kecantikan berusia 24 tahun kantoi bermain cinta dengan isteri orang.

Perbuatannya mula terbongkar ke pengetahuan netizen apabila seorang lelaki meluahkan rasa kesal dan mendakwa kepercayaan yang diberi kepada isteri untuk bekerja membantu menambahkan pendapatan keluarga telah dikhianat di mana isterinya bermain cinta dengan majikannya.

Advertisement
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Zahary mendakwa pengasas produk itu menggoda isterinya dan dia mempunyai bukti gambar isterinya berdua-duaan dengan lelaki berkenaan.

Assalammualaikum semua

Saya adalah suami kepada WAN ATIRAH WAN MALEK dengan ini MELARANG SEKERASNYA isteri saya ini MENIAGA DRPRODUCT. Ini adalah kerana FADHLAN AZIM iaitu founder DRPRODUCT seakanny MENGGODA ISTERI SAYA sehingga banyak gambar mereka berdua duaan dan pelbagai perbualan yang tidak sepatutnya ANTARA MEREKA. JADI SAYA TIDAK LAGI MAHU ISTERI SAYA BERHUBUNG dengan FADHLAN AZIM FOUNDER DRPRODUCT INI.Saya umumkan secara besar besaran sebab saya INGIN ISTERI SAYA BALIK SEMULA pada saya demi SAYA, anak2 DAN KELUARGA dan SAYA AKAN CUBA sebaiknya memelihara isteri saya. Saya SEDAR SELAMA ini saya KURANG memberi perhatian kerana saya BEKERJA MAKAN GAJI DISIANG HARI DAN PARTTIME kerja LONGKAI diwaktu malam untuk menambah pendapatan isi rumah.

Pada awalnya saya membenarkan isteri saya meniaga kerana isteri saya nak bantu saya, namun saya TIDAK SANGKA KEPERCAYAAN saya TELAH DISALAHGUNAKAN oleh isteri saya sehingga TERJALIN HUBUNGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA.

Saya MAAFKAN isteri saya kerana saya terlalu sayang pada dia dan anak2 kami masih kecil lagi. Saya SEDAR kurang berharta dan tidak mampu mewahkan seperti golongan elite, tapi 4 perkara asas paling wajib dalam Islam sebagai suami, saya telah laksanakan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ubat2an contoh sebelum ni , meminta bantuan ayah utk hantar bahan makanan ketika saya sibuk bekerja, menggunakan motorsikal utk ke tempat kerja dan memberi isteri menggunakan kereta, ada rumah utk duduk sekarang ni sementara menunggu sebuah rumah lagi yang telah saya beli utk kami sekeluarga.

Sesiapa yang membaca status saya ini, saya menyeru JANGAN LAH SOKONG ISTERI SAYA meniaga DRPRODUCT ini kerana perniagaan ini menjurus isteri saya lupa tanggungjawab sebagai isteri dan anak2 kami yang masih kecil ini. Remuk hati saya apabila melihat SEORANG LELAKI BUJANG berhubung berlebihan dengan ISTERI SAYA yang masih bergelar isteri.

Sementara itu, si isteri turut mengeluarkan kenyataan di Facebook sebelum menyahaktifkan akaun Facebooknya.

Menurut Wan Atirah Wan Malek, sudah 10 tahun dia bertahan dan tiada siapa yang tahu betapa peritnya hidup dia yang diabaikan menangis kerana terlalu menjaga aib suaminya.

“10 tahun aku bertahan dengan kau! Segala perit hidup aku yang sebenar semua orang tak tahu. Semua orang tak tahu. Aku tak tahulah perempuan mana yang boleh bertahan dengan kau seperti mana aku bertahan selama ini.”

“Diabaikan menangis sepanjang hidup sebab aku terlalu menjaga aib kau. Menerima seadanya perangai kau terhadap aku. Walaupun kau pernah curang di atas katil dengan perempuan lain pun aku tetap menerima kau balik.”

“Kau selalu ambil dadah ketum semua itu pun aku terima. Sekarang pandai kau buat drama menampakkan kau seorang saja yang baik tan ada salah dan silap. Kau sekarang jangan meroyan bila hati aku memang dah tawar dan tiada ruang untuk kau.”

“Terima kasih kerana berjaya menyebarkan aib orang sama ada sekarang kau berada dalam keadaan waras atau tengah mengambil dadah ketum itu semua. Sebab kau nak menutup salah dan aib kau tetapi aib orang kau sebarkan.”

“Cukuplah kacau aku atau sesiapa pun. Terima kenyataan yang aku memang tak nak kau!” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut menasihatkan pasangan berkenaan cuba selesaikan masalah yang timbul dengan cara yang baik.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan si suami mengheret perkara itu ke mahkamah dan memfailkan saman terhadap orang ketiga di atas cubaan mengganggu rumah tangganya.

Walau bagaimanapun, fikirlah dalam-dalam akan nasib dan masa depan anak-anak agar tidak menjadi mangsa keadaan.

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...